Analisis Harian GBP/USD untuk 11 Jun, 2014

Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah menembusi sokongan yang terletak pada tahap 1.6766, oleh yang demikian, pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan besar akan jatuh ke tahap sokongan 1.6663 dalam beberapa hari yang akan datang. Walau bagaimanapun, pergerakan harga semasa boleh menjadi petunjuk bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini sedang membentuk corak kenaikan harga. Walau bagaimanapun, prospek penurunan harga masih sah. Petunjuk MACD kini berada di wilayah neutral.



Carta 4H: Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang mengukuh di bawah tahap rintangan 1.6762 dan purata pergerakkan 200 hari, oleh itu, sasaran penurunan yang seterusnya bagi pasangan mata wang ini adalah pada tahap sokongan 1.6731. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap sokongan 1.6692. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah negatif



Carta 1H: Pasangan mata wang ini telah jatuh di bawah SMA 200 dan titik kawalan telah dibangunkan pada tahap rintangan 1.6800. Walau bagaimanapun, pasangan GBP/USD ini masih lagi mempunyai peluang untuk membuat lantunan semula kenaikkan harga pada tahap sokongan 1.6750 bagi membolehkan harga melanjutkan aliran menaik. Petunjuk MACD berada pada wilayah terlebih jual.



Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.6850, take profit di tahap 1.6900, dan stop loss pada tahap 1.6750.