Analisis Teknikal NZD/USD untuk 10 Jun, 2014

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang NZD/USD pada 10 Jun 2014. Rintangan akan ditetapkan pada tahap 0.8580. Selain itu, 'double top' telah pun terbentuk pada tahap 0.8582. Oleh yang demikian, pergerakan penurunan harga berkemungkinan akan bergerak ke tahap yang lebih rendah daripada tahap 0.8580 dengan sasaran masing-masing berada pada tahap 0.8530 dan 0.8440. Sementara itu, sokongan bagi pasangan mata wang ini telah ditetapkan pada tahap 0.8440. Juga, ia adalah harus diperhatikan kepada para pedagang bahawa adalah sangat menguntungkan untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap ini bagi membolehkan harga menguji semula tahap ini dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, tawaran membeli adalah disyorkan di atas tahap 0.8440 dengan sasaran terletak pada tahap 0.8514 (61.8% Penarikan semula Fibonacci) dan tahap 0.8544 untuk mencapai rintangan kecil.

Walaupun begitu, anda perlu menetapkan kedudukan stop loss anda. Oleh itu, lokasi yang terbaik untuk meletakkan Stop Loss adalah pada tahap 0.8404, di mana tahap ini mewakili 'double bottom' di dalam carta 1H dan 4H.