Huraian:
Berdasarkan pada carta 4H hari ini, harga didapati telah didagangkan sama seperti yang telah kita ramalkan pada hari semalam, para pedagang kini perlu menunggu sehingga harga berjaya menembusi rintangan yang terletak pada tahap 172.50 bagi membolehkan harga melanjutkan aliran menaik. Pada hari ini dan seperti yang dapat kita perhatikan pada carta 4H, pasangan mata wang ini dilihat telah gagal untuk menembusi tahap rintangan ini untuk menterbalikkan aliran kenaikkan harga. Pada masa ini, harga didagangkan stabil di bawah tahap rintangan 172.00 dan di atas tahap Sokongan 171.50 untuk meneruskan aliran penurunan harga. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap Sokongan ini dan menutup di bawah tahap Sokongan pada minggu hadapan, maka ia akan menjadi satu lagi peluang yang baik untuk isyarat menjual yang setetrusnya sehingga harga mencapai tahap Sokongan 170.50 sebagai sasaran pertama.
Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (173.00), R2 (172.50), R1 (172.00), S1 (171.50), S2 (171.00), S3 (170.50).