Analisis Harian Perak untuk 10 Jun, 2014

Huraian:

Berdasarkan pada carta 4H hari ini, perak kelihatan masih stabil di atas tahap Sokongan 19.00 selepas ia gagal untuk menembusi tahap tersebut pada hari semalam dan harga kini telah melantun dari tahap sokongan tersebut menuju ke arah tahap rintangan yang terletak pada 19.20. Oleh itu, kita masih mencadangkan kepada para pedagang untuk menunggu sehingga harga menutup di atas tahap rintangan yang seterusnya sekiranya perak melantun dari tahap Sokongan, untuk menyediakan satu lagi peluang baru untuk isyarat membeli yang selanjutnya dengan sasaran pertama terletak beberapa pips di bawah tahap rintangan 19.50, kemudian selepas harga menembusi pada tahap rintangan ini, perak akan membuka jalan menuju ke arah tahap rintangan 19.75, yang mana ia akan menandakan isyarat kenaikkan harga yang selanjutnya, tetapi selagi Perak didagangkan di bawah tahap rintangan 19.20, maka ini akan membatalkan senario aliran menaik.

Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (19.75), R2 (19.50), R1 (19.20), S1 (19.00), S2 (18.60), S3 (18.30).