Pasangan mata wang GBP/USD melanjutkan pembetulan harga yang lebih tinggi pada Khamis. Pergerakan pasangan ini dipengaruhi oleh laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS, kerana ketiadaan acara atau laporan lain pada siang hari. Pound Britain hanya berjaya naik ke tahap 1.2502 kerana angka KDNK suku tahunan ternyata satu setengah kali lebih rendah daripada yang diramalkan. Ekonomi Amerika semakin perlahan, dan ini adalah merupakan berita buruk. Hakikat bahawa pertumbuhan ekonomi AS yang disejukkan akan membawa kepada kelembapan inflasi pada masa akan datang. Dan inflasi yang lebih cepat memperlahan, lebih cepat Rizab Persekutuan (Fed) akan bergerak untuk mengurangkan dasar monetarinya, yang mana ia tidak baik untuk dolar. Kami masih percaya bahawa pasaran belum menghargai separuh dari faktor-faktor yang menyebabkan penurunan pasangan GBP/USD, jadi kami mengharapkannya akan terus jatuh. Buat masa ini, trend menurun masih kekal.
Beberapa isyarat dagangan telah dihasilkan pada carta 5 Minit. Pada sebelah pagi, kemasukan pesanan beli boleh dibuka berhampiran tahap 1.2457. Malangnya, isyarat pesanan jual palsu terbentuk di sekitar tahap 1.2502, diikuti oleh isyarat beli palsu, yang mengimbangi keuntungan dari dagangan pertama. Oleh itu, adalah perlu untuk berdagang dengan isyarat yang tidak terbentuk di sekitar tahap 1.2502. Terdapat satu isyarat seperti itu - lantunan pada awal sesi dagangan AS dari tahap 1.2457. Seperti isyarat pertama, ini ternyata menjadi isyarat yang tepat dan pedagang baru boleh memperoleh keuntungan sebanyak 25 pip lagi. Secara keseluruhan, hari itu kelihatan kacau tetapi masih menguntungkan.
Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD mempunyai prospek yang sangat baik untuk membentuk arah aliran menurun, tetapi kini sedang melalui fasa pembetulan harga. Setelah melepasi tahap 1.2502, pedagang mungkin menjangkakan penurunan yang ketara dari pound. Latar belakang fundamental dan makroekonomi terus menyokong dolar AS lebih banyak berbanding pound Britain. Oleh itu, kami hanya menjangkakan pergerakan menurun daripada pasangan mata wang ini.
Hari ini, pedagang baru boleh memerhatikan isyarat pesanan jual baharu di sekitar tahap 1.2502. Pasaran tidak tergesa-gesa untuk menjual pasangan ini, tetapi pound secara beransur-ansur menyusut dalam jangka sederhana, yang merupakan isyarat baik. Pasangan mata wang ini mungkin terus membuat pembetulan harga yang lebih tinggi sekiranya data AS hari ini ternyata lebih lemah daripada yang dijangkakan.
Tahap utama pada carta 5 Minit adalah 1.2270, 1.2310, 1.2372-1.2387, 1.2457, 1.2502, 1.2544, 1.2605-1.2611, 1.2648, 1.2691, 1.2725, dan 1.2787-1.2791. Tidak ada acara penting yang dijadualkan di UK untuk hari ini, sementara AS akan mengeluarkan laporan mengenai Pendapatan Peribadi dan Perbelanjaan, Indeks Sentimen Pengguna Universiti Michigan, dan Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE).
Peraturan asas sistem dagangan:1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Bagaimana untuk membaca carta:Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam dagangan jangka panjang.