Pasangan mata wang GBP/USD juga tidak menunjukkan apa-apa selain pergerakan yang tidak menentu pada Jumaat. Sekali lagi, dolar AS gagal untuk mengukuh apabila ia jelas sepatutnya menunjukkan pertumbuhan. Ini mungkin kelihatan pelik untuk pasangan EUR/USD, namun ini sering berlaku untuk pasangan GBP/USD. Pound Britain masih diniagakan dalam saluran mendatar pada carta Harian, gagal mengatasi tahap 1.2500, oleh yang demikian, dolar AS cenderung untuk bergerak lebih rendah.
Ekonomi Amerika sekali lagi menunjukkan kekuatannya pada minggu lepas. Pasaran buruh menunjukkan pertumbuhan, pengangguran menurun, data PMI kekal di atas tahap 50.0, jumlah kekosongan jawatan meningkat, dan laporan ADP menunjukkan trend positif. Tetapi malangnya, walaupun ini adalah laporan penting, pasaran masih enggan membeli dolar AS. Pasangan ini mungkin terus bergerak dalam julat 1.25-1.28, mengabaikan latar belakang makroekonomi dan fundamental.
Pasangan mata wang GBP/USD pada carta 5 MinitBeberapa isyarat dagangan telah dihasilkan pada carta 5 Minit. Pedagang baru boleh membuka kemasukan pesanan beli pada lantunan semula harga dari tahap 1.2611 semasa sesi Eropah. Sebelum pengumuman laporan gaji bukan ladangn (NFP) dan laporan pengangguran, dagangan sepatutnya ditutup secara manual. Keuntungan daripadanya adalah sekitar 15 pip. Kemudian terdapat pengukuhan harga di bawah tahap 1.2605-1.2611, yang juga perlu dilaksanakan. Malangnya, dolar AS dengan segera berhenti menaik, jadi pasangan ini tidak jatuh lagi. Dagangan ditutup pada pesanan Stop Loss tanpa keuntungan. Ia tidak lagi dinasihatkan untuk membuat isyarat beli terakhir, kerana dua isyarat terakhir tidak membawa kepada pasangan mencapai tahap sasaran terdekat.
Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD berkemungkinan memulakan pergerakan menaik baharu dalam julat mendatar. Malangnya, pasaran tidak selalu berdagang secara logik, dan pada skala global, trend mendatar berterusan. Oleh itu, dalam beberapa minggu mendatang, kita dapat menjangkakan pasangan mata wang ini akan melonjak naik ke tahap 1.2800, tetapi masih menunjukkan pergerakan yang tidak menentu, dengan hampir tidak ada logik di belakangnya.
Pada Isnin, pedagang baru dapat menggunakan julat 1.2605-1.2611 sebagai titik rujukan, tetapi hari ini terdapat kemungkinan yang tinggi untuk volatiliti pasaran menjadi rendah, jadi kita tidak boleh mengharapkan pergerakan harga yang kuat.
Tahap utama pada carta 5 Minit adalah 1.2372-1.2387, 1.2457, 1.2502, 1.2544, 1.2605-1.2611, 1.2648, 1.2691, 1.2725, 1.2787-1.2791, 1.2848-1.2860, 1.2913, dan 1.2981-1.2993. Tidak ada acara penting pada hari Isnin, oleh yang demikian, tidak akan banyak reaksi pasaran pada siang hari. Namun, minggu lalu menunjukkan kepada kita bahawa latar belakang fundamental hampir tidak mempengaruhi pound.
Peraturan asas sistem dagangan:1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Bagaimana untuk membaca carta:Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam dagangan jangka panjang.