Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 7 Disember. Tip dagangan mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Khamis:Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Pasangan mata wang GBP/USDD gagal menembusi tahap 1.2544 sebanyak dua kali, kemudian ia melantun dari tahap ini, dan mula membuat pembetulan harga yang lebih tinggi. Kami percaya bahawa setelah melintasi garis arah aliran menaik, arah aliran berubah menjadi penurunan harga, jadi pergerakan menaik dianggap sebagai pembetulan harga. Pound tidak mempunyai alasan untuk mengukuh pada Khamis, seperti yang berlaku selama hampir satu setengah bulan terakhir. Walau bagaimanapun, pembetulan dan penarikan semula harga masih boleh dilakukan, oleh yang demikian, secara teknikal, kelihatan logik bagi pasangan mata wang ini untuk bergerak dengan cara ini. Dari laporan makroekonomi, kita hanya menunggu keputusan laporan Tuntutan Pengangguran AS, yang mana bacaannya tidak berbeza dengan ramalan. Tiada laporan atau peristiwa lain.

Oleh itu, walaupun berlaku pembetulan harga, gambaran teknikal tidak berubah. Kami masih menjangkakan pound akan jatuh, sekurang-kurangnya ke garis arah aliran menaik kedua, yang dapat dilihat pada carta di atas. Kami menjangkakan akan melihat penurunan ketara dari mata wang Britain. Selagi pasaran tidak mengikuti momentum sebelumnya, maka nampaknya agak logik untuk pound melanjutkan penurunan.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pada carta 5 Minit, dua isyarat kemasukan pesanan beli telah dibentuk. Pasangan mata wang ini melantun dari tahap 1.2544 pada kedua-dua masa, dengan ketepatan yang sempurna. Dalam kes pertama, harga meningkat sebanyak 30 pip, tetapi kemudian kembali ke tahap 1.2544. Oleh itu, pesanan beli pertama ditutup pada titik pulang modal pada pesanan Stop Loss. Pesanan beli kedua membawa keuntungan sebanyak 40 pip, sebagaimana harga mencapai tahap sasaran 1.2605 dan berjaya. Pesanan beli sepatutnya ditutup berhampiran pada tahap ini.

Tip dagangan pada Jumaat:

Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD akhirnya mula jatuh, yang pada masa ini terlalu lemah. Kami percaya bahawa pound harus terus jatuh kerana ia tidak mempunyai alasan asas dan makroekonomi untuk membenarkan pergerakan menaik. Pound telah meningkat dengan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan tidak ada sebab yang wajar untuk ini, jadi kini ia berpotensi untuk jatuh. Perkara utama ialah laporan AS tidak menjejaskan keseluruhan gambaran.

Tahap utama pada carta 5 Minit adalah 1.2270, 1.2310, 1.2372-1.2387, 1.2457-1.2488, 1.2544, 1.2605-1.2620, 1.2688, 1.2723, 1.2787-1.2791, 1.2848-1.2860. Pada Jumaat, AS dijadualkan akan mengeluarkan empat laporan penting, dua daripadanya boleh mencetuskan pergerakan pasaran yang kuat. Terdapat kemungkinan bahawa kita akan melihat pergerakan menaik dan menurun secara bergantian dari pasangan mata wang ini, tetapi dalam keadaan apa pun, volatiliti pasaran akan meningkat, dan kita akan mengetahui sama ada laporan November yang menunjukkan kelemahan dalam ekonomi AS sebenarnya adalah corak atau hanya kebetulan.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.