Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 31 Oktober. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Isnin:
Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 30 Minit


Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan sedikit lebih tinggi pada Isnin. Nampaknya pasangan mata wang ini cenderung untuk membentuk satu lagi pembetulan kenaikan harga. Setiap kenaikan harga sebelumnya disertai dengan garis arah aliran menaik jangka pendek. Ini mungkin berlaku sekali lagi. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa minggu ini dipenuhi dengan peristiwa dan laporan penting, oleh yang demikian, pada akhir minggu, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan bergerak pada mana-mana arah.

Kami menyerlahkan dua laporan pada Isnin. Jerman mengeluarkan laporan KDNK suku tahunan dan inflasi untuk bulan Oktober. Kedua-dua laporan ternyata lebih baik daripada yang dijangkakan, dan euro meningkat. Laporan serupa untuk Kesatuan Eropah akan dikeluarkan pada Selasa, dan kita sekarang dapat mengharapkan nilai yang lebih kuat berbanding ramalan. Oleh itu, tahap pembetulan baru dapat disokong oleh laporan ekonomi.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit

Pada carta 5 Minit, beberapa isyarat dagangan telah dihasilkan pada hari Isnin. Malangnya, isyarat untuk kemasukan pesanan menjual pertama di sekitar tahap 1.0558 ternyata merupakan tindakan yang salah. Pasangan mata wang ini mungkin akan melemah, tetapi kemudian euro dirangsang selepas KDNK Jerman dan angka inflasi. Sejurus selepas itu, isyarat beli telah terbentuk, dan pedagang baru boleh memperoleh kira-kira 30 pip. Pedagang juga boleh membuat lantunan semula harga dari kawasan 1.0611-1.0618, tetapi tiga lantunan semula harga telah berlaku di sekitar wilayah itu, dan tidak ada yang memulakan pergerakan. Oleh itu, hari dagangan semalam berakhir dengan keuntungan yang rendah, memandangkan ia adalah dagangan pertama.

Tip dagangan pada Selasa:

Berdasarkan kepada carta 30 Minit, pasangan mata wang ini telah mengukuh di bawah garis arah aliran menaik, yang menandakan bahawa euro boleh bergerak ke arah bawah. Pasangan mata wang EUR/USD mungkin jatuh seawal akhir minggu ini, tetapi nampaknya pasaran sedang mempertimbangkan anjakan menaik sebelum ia memutuskan untuk mengembalikan aliran menurun. Anjakan semula ini, dengan sokongan latar belakang makroekonomi, boleh berkembang dengan baik menjadi tahap pembetulan baharu. Tahap utama pada carta 5 Minit adalah 1.0391, 1.0433, 1.0451, 1.0483, 1.0526, 1.0568, 1.0611-1.0618, 1.0673, 1.0733, 1.0767-1.0781, dan 1.0835. Stop loss boleh ditetapkan pada titik pulang modal sebaik sahaja harga bergerak 15 pip ke arah yang betul. Dari EU, peserta pasaran akan mengawasi laporan KDNK suku tahunan zon Eropah dan data inflasi yang dijadualkan akan dikeluarkan pada Selasa. Jika nilai mencatatkan perubahan ketara berbanding ramalan, maka pasangan mata wang ini cenderung untuk diniagakan lebih tinggi. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa semua pergerakan menaik baru-baru ini dalam beberapa minggu kebelakangan ini adalah fasa pembetulan.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.