Pelan dagangan pasangan GBP/USD untuk sesi Eropah pada 10 Oktober 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan semalam. Pound berjaya mengimbangi sebahagian kerugian dan bersedia untuk meningkat lagi

Pada Jumaat lalu, pasangan ini telah membentuk beberapa isyarat kemasukan pesanan. Mari lihat apa yang telah berlaku pada carta 5 Mnit. Dalam tinjauan saya di sebelah pagi, saya menyebut tahap 1.2175 sebagai titik kemasukan pesanan yang berkemungkinan. Penurunan dan penembusan harga palsu pada tahap ini menghasilkan isyarat pesanan beli, tetapi pasangan mata wang ini tidak meningkat secara aktif. Pada sebelah petang, penjualan selepas penembusan harga palsu pada tahap 1.2212 tel;ah membolehkan pedagang mengambil keuntungan hanya sekitar 20 pip, selepas itu pound mendapat permintaan semula.

Laporan COT:

Sebelum menyelidiki gambaran teknikal pound, mari kita lihat apa yang berlaku di pasaran niaga hadapan. Laporan COT (Komitmen Pedagang) untuk 3 Oktober mencatatkan penurunan dalam kedudukan beli dan peningkatan yang sangat besar dalam kedudukan jual. Ini bermakna bahawa terdapat lebih sedikit dan kurang pembeli untuk pound sterling, terutamanya selepas data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK mencatatkan bacaan yang lemah dan laporan AS yang kukuh, menunjukkan keperluan untuk kenaikan kadar faedah yang lain. Ini menjadikan mata wang dolar AS lebih menarik dalam jangka masa sederhana. Walaupun keadaan semasa di Timur Tengah mungkin tidak menjejaskan pound British dengan ketara, ia menghalang pelabur daripada aset berisiko, yang menjadi miliknya, mengekalkan daya tarikan dolar AS sebagai aset "safe-haven". Laporan COT terbaru mengatakan kedudukan beli bukan komersial turun sebanyak 10,839 kepada 73,911, sementara kedudukan jual bukan komersial meningkat sebanyak 11,510 kepada 80,591. Akibatnya, juang di antara kedudukan beli dan jual mengecil sebanyak 629. Harga mingguan menurun dan berada pada tahap 1.2091 berbanding 1.2162.

Untuk kemasukan pesanan beli pasangan mata wang GBP/USD:

Hari ini, UK tidak akan mengeluarkan sebarang laporan ekonomi, tetapi ringkasan dan minit mesyuarat Jawatankuasa Dasar Kewangan Bank of England (BoE) diramalkan akan dikeluarkan. Bank itu menyatakan bahawa ia boleh menyimpulkan kitaran kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat, yang mengakibatkan penjualan pound. Sekiranya Pedagang menemui sesuatu yang menarik dalam beberapa minit, tekanan ke atas pasangan mata wang mungkin kembali, dan ia akan diniagakan di saluran mendatar. Atas sebab ini, lebih baik bertindak di sekitar sokongan terdekat pada tahap 1.2210, yang sejajar dengan Purata Bergerak (MA) kenaikkan harga. Penembusan harga palsu pada tahap ini akan berfungsi sebagai titik kemasukan pesanan beli yang membolehkan harga mencapai rintangan utama pada tahap 1.2256, yang dibentuk pada akhir minggu lalu. Ujian penembusan dan penurunan julat ini dapat mendorong pound untuk pulih, menghasilkan isyarat pesanan beli, yang membolehkan pasangan mata wang ini mencapai rintangan baru pada tahap 1.2303. Sekiranya pasangan mata wang ini naik di atas tahap ini, maka harga berpotensi untuk melonjak ke tahap 1.2342, di mana saya ingin mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang ini menurun ke tahap 1.2210 tanpa aktiviti pembeli, di mana harga menuju, tekanan menurun pada pound akan meningkat. Dalam kes ini, saya akan menangguhkan penjualan sehingga berlaku penembusan harga palsu pada tahap 1.2164, dari mana pemain besar aktif semalam. Saya merancang untuk membuka pesanan beli pasangan mata wang GBP/USD dengan serta-merta pada lantunan harga dari tahap 1.2108, dengan mensasarkan pembetulan urusniaga harian sebanyak 30-35 pip.

Untuk kemasukan pesanan jual pasangan mata wang GBP/USD:

Semalam, penurunan harga berulang kali cuba menjual pound dan memberi tekanan kepada pasangan mata wang ini, tetapi kenaikan harga kembali ke kedudukan mereka semasa sesi dagangan AS. Hari ini, penurunan harga harus melindungi rintangan pada tahap 1.2256, yang juga bertindak sebagai had atas saluran mendatar. Penembusan harga palsu pada tahap ini, dengan harapan pasangan ini akan melemah, akan menawarkan isyarat kemasukan pesanan jual dengan pergerakan ke arah tahap sokongan pada 1.2210. Menembusi tahap ini dan kemudian mengujinya semula dari bawah akan memberikan kelebihan kepada penurunan harga, memberikan ruang untuk harga mensasarkan ke tahap 1.2164. Sasaran yang lebih jauh terletak pada 1.2108, di mana saya akan mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD berkembang dan tidak ada penurunan harga pada tahap 1.2256, kenaikan harga akan mendapat kelebihan yang kuat, yang akan membawa pasangan ini ke rintangan seterusnya pada tahap 1.2303. Anda boleh menjual di sini juga tetapi hanya selepas penembusan harga palsu berlaku. Sekiranya tidak ada pergerakan menurun di sana, saya akan menjual pound pada lantunan segera dari tahap 1.2342, dengan mensasarkan pembetulan harga sebanyak 30-35 pip.

Isyarat indikator:

Purata Bergerak (MA)

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di atas Purata Bergerak 30 dan 50 hari menunjukkan pergerakan mendatar.

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Jika pasangan mata wang EUR/USD melemah, had bawah indikator di sekitar tahap 1.2175 akan bertindak sebagai sokongan. Jika ia mengukuh, makahad atas indikator sekitar tahap 1.2265 akan bertindak sebagai rintangan.

Huraian Indikator:

Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.Pesanan menjual (Short) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.