Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 22 September

Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD

Ujian terhadap tahap 1.2280 pada petang Khamis adalah bertepatan dengan penurunan garis MACD daripada sifar, mendorong kemasukan isyarat pesanan jual yang telah menyebabkan penurunan harga sekitar 35 pip.

Keputusan Bank of England (BoE) untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah telah mendorong kepada penjualan, dan ini mungkin berlanjutan pada hari ini jika data PMI untuk UK merekodkan bacaan yang lebih lemah daripada yang dijangkakan. Penguncupan dalam indeks pastinya akan memberi tekanan kepada pasangan mata wang ini, yang membawa kepada kemungkinan kemaskini tahap rendah bulanan. Sementara itu, angka yang baik akan membolehkan pound mengimbangi kerugian, terutama pada akhir minggu.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.2290 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2325 (garis hijau tebal pada carta). Pertumbuhan akan berlaku selepas data PMI mencatatkan bacaan yang baik. Walau bagaimanapun, semasa membeli, ila pastikan garis MACD terletak di atas sifar atau naik daripadanya.

Pound juga boleh dibeli selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 1.2271, namun, garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jual (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.2325.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.2271 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2243. Tekanan boleh meningkat pada bila-bila masa, terutamanya selepas data lemah direkodkan dalam sektor perkhidmatan. Walau bagaimanapun, apabila menjual, ila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.

Pound juga boleh dijual selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 1.2290, namun garis MACD harus berada di kawasan terlebih beli (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.2271 dan 1.2243.

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau - titik masuk harga di mana anda boleh membeli pasangan GBP/USD

Garis tebal hijau tebal - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.

Garis halus merah - harga kemasukan di mana anda boleh menjual pasangan GBP/USD

Garis tebal merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini tidak mungkin.

Garisan MACD- adalah penting untuk berpandukan oleh kawasan terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran

Penting: Pedagang baharu perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.