Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 11 September. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Jumaat:Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit


Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan lemah dan agak tidak menentu pada hari Jumaat tetapi akhirnya susut nilai, bukannya mengukuh seperti euro. Ini agak pelik kerana latar belakang fundamental dan makroekonomi hampir sama—neutral. Garis arah aliran menurun kekal relevan, tetapi ia terlalu jauh daripada harga untuk kami mengambil serius. Sila ambil perhatian bahawa aliran menurun berterusan, tetapi itu tidak bermakna bahawa pound harus jatuh sebanyak 100 pip setiap hari. Volatiliti tidak berada di paras kemuncaknya, dan ini harus diambil kira apabila pedagang memutuskan untuk memasuki pasaran.

Kami menjangkakan pound akan melanjutkan pergerakan menurunnya, tanpa mengira keputusan yang dibuat oleh Rizab Persekutuan (Fed) dan Bank of England. Pound masih boleh meningkat, tetapi ia akan menjadi langkah pembetulan, dan selepas itu ia akan meneruskan pergerakan menurunnya.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pada Jumaat lalu, pasangan mata wang ini telah menghabiskan sebahagian besar masanya berdagang di dalam julat 1.2457-1.2488. Oleh kerana jarak antara tahap ini ialah 31 pip, maka adalah lebih baik untuk tidak berdagang pada pasangan mata wang ini. Ia tidak masuk akal kerana potensi keuntungan adalah rendah, terutamanya jika tiada peristiwa penting yang boleh mencetuskan pergerakan kukuh dalam kedua-dua arah.

Ia juga tidak digalakkan untuk melaksanakan isyarat untuk meninggalkan julat yang ditentukan atas sebab yang sama. Jika kita mengambil isyarat untuk membuka pesanan beli di sekitar tahap 1.2488, pesanan Stop Loss (SL) untuk dagangan sepatutnya telah ditetapkan di bawah tahap 1.2457. Oleh kerana volatiliti pasaran adalah rendah, tiada jaminan bahawa harga akan bergerak ke arah yang betul walaupun 20-30 pip. Dalam kes ini, potensi kerugian adalah lebih besar berbanding potensi keuntungan.

Tip berdagang pada Isnin:

Pada carta 30 minit, pasangan mata wang GBP/USD dilihat meneruskan penurunan hampir setiap hari. Walaupun pergerakan pada masa ini agak tidak menentu, arah aliran menurun kekal konsisten. Buat masa ini, tiada petunjuk yang boleh dilihat untuk menyimpulkan arah aliran menurun jangka pendek. Tahap utama pada carta 5 Minit ialah 1.2307, 1.2372, 1.2457, 1.2488, 1.2544, 1.2605-1.2620, 1.2653, 1.2688, 1.2748, 1.2787-1.2791. Sebaik sahaja harga bergerak 20 pip ke arah yang betul selepas membuka dagangan, anda boleh menetapkan pesanan Stop Loss pada titik pulang modal. Tiada laporan atau peristiwa penting yang akan dikeluarkan di UK dan AS. Pada Isnin, tiada laporan atau acara penting yang dijadualkan akan dikeluarkan sama ada di UK atau AS. Kemungkinan besar, kita harus bersiap sedia untuk satu lagi hari dagangan dengan volatiliti rendah, dan ia akan menjadi agak mencabar untuk berdagang dalam keadaan sedemikian.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.