Tip untuk berdagang BTC
Apabila harga mencecah tahap $26,404, indikator MACD berada dalam zon negatif dan mula bergerak ke arah bawah. Berikutan penjualan Bitcoin yang ketara semasa dagangan Asia, senario ini sesuai untuk membuka pesanan jual, mengesahkan titik kemasukan pasaran yang tepat. Akibatnya, BTC turun kepada $25,690, kehilangan hampir $1,000. Pada masa ini, selepas penjualan besar baru-baru ini disebabkan oleh SpaceX milik Elon Musk yang menjual BTC bernilai $373 juta, yang diperoleh semula pada 2021-2022, menjangkakan pemulihan segera tidak mungkin. Akibatnya, selepas harga terendah bulanan dikemas kini, adalah lebih baik untuk terus membuka pesanan jual dengan percubaan untuk memulihkan kerugian. Dalam kes ini, seseorang boleh mengikuti senario 1 dan 2 untuk menjual BTC.
Isyarat beli
Senario 1: Membeli Bitcoin hari ini boleh dilakukan apabila mencapai titik masuk berhampiran $26,163 (garis hijau pada carta) menyasarkan kenaikan ke arah tahap $26,582 (garis hijau lebih tebal pada carta). Berhampiran $26,582, adalah lebih baik untuk menutup pesanan beli dan membuka pesanan jual. Pertumbuhan Bitcoin yang kukuh hari ini adalah tidak mungkin, jadi adalah lebih baik untuk bertindak ke atas penurunan harga, berikutan kemas kini tahap rendah baharu. Penting! Sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan indikator MACD berada di atas paras sifar.
Senario 2: Membeli Bitcoin hari ini juga merupakan pilihan sekiranya berlaku dua ujian harga berturut-turut pada tahap $26,031. Ini mungkin mengehadkan potensi penurunan instrumen dagangan dan membawa kepada pembalikan pasaran menaik. Kami mungkin menjangkakan pertumbuhan harga ke arah tahap $26,136 dan $26,582.
Isyarat jual
Senario 1: Menjual Bitcoin hari ini hanya boleh dilakukan selepas harga mengemas kini tahap $26,031 (garis merah pada carta), yang akan mengakibatkan penurunan ketara pada instrumen dagangan. Sasaran utama untuk penjual ialah $25,718, di mana seseorang boleh menutup pesanan jual dan membuka pesanan beli. Tekanan ke atas Bitcoin akan berterusan dan berpanjangan. Penting! Sebelum anda membuka pesanna menjual, sila pastikan indikator MACD berada di bawah paras sifar.
Senario 2: Menjual Bitcoin hari ini juga boleh dilakukan sekiranya berlaku dua ujian harga berturut-turut pada tahap $26,163. Ini mungkin mengehadkan potensi pembalikan instrumen dagangan dan membawa kepada pembalikan pasaran ke arah bawah. Kita juga boleh menjangkakan penurunan kepada $26,031 dan $25,718.
Apakah yag terdapat pada carta:
Garisan hijau nipis - titik masuk harga untuk membeli instrumen dagangan.
Garisan hijau tebal ialah harga yang dijangkakan di mana anda boleh menetapkan pengambilan untung, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.
Garisan merah nipis ialah titik masuk harga untuk menjual instrumen dagangan.
Garisan merah tebal ialah harga yang dijangkakan di mana anda boleh menetapkan pengambilan untung, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini adalah tidak mungkin.
Indikator MACD: Adalah penting untuk mempertimbangkan zon terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran.
Penting: Pedagang baharu dalam matawang kripto perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan Henti Rugi (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan henti rugi (SL), anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.
Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.