Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 8 Ogos. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Isnin:Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah berusaha untuk melanjutkan pergerakan menaiknya pada Isnin, namun ekoran ketiadaan pengumuman laporan ekonomi yang berpengaruh telah menyebabkan percubaan menaik pasangan mata wang ini gagal. Selain itu, laporan AS pada Jumaat tidak cukup lemah untuk dolar AS melanjutan penurunan pada Isnin. Sterling tidak mempunyai sebarang sebab untuk meningkat, dan USD juga tidak mempunyai sebarang sebab untuk melemah. Jika ia memulakan pergerakan pembetulan harga, ia sepatutnya lemah dan perlahan. Jika pound melonjak, ia mungkin menunjukkan kesinambungan semula aliran menaik global, di mana dari perspektif kami, adalah tidak logik sama sekali. Oleh itu, kami menjangkakan pembetulan, diikuti dengan penurunan harga. Minggu ini, akan ada sangat sedikit acara penting. Satu-satunya acara yang patut diberi perhatian ialah laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk suku kedua dan laporan inflasi AS.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pada Isnin, beberapa isyarat dagangan telah terbentuk pada carta 5 minit. Penembusan harga di bawah tahap 1.2748 berlaku semalam, tetapi pedagang boleh membuka pesanan jual sebaik sahaja sesi dagangan Eropah bermula, kerana harga tidak bergerak jauh dari titik pembentukan pada masa itu. Pound jatuh kira-kira 20 pip, oleh yang demikian, pesanan Stop Loss sepatutnya ditetapkan kepada titik pulang modal. Isyarat untuk kemasukan pesanan beli kedua telah terbentuk pada permulaan sesi dagangan AS, iaitu sekitar tahap yang sama. Dalam kes ini, pasangan mata wang GBP/USD bergerak 25 pip ke arah yang betul. Itulah yang boleh diperoleh oleh pedagang baru pada Isnin. Ia adalah hari dagangan dengan volatiliti yang rendah untuk pound.

Tip dagangan pada Selasa:

Pada carta 30 minit, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah menembusi aliran menurun jangka pendek. Kini, pound cenderung untuk membuat pembetulan harga yang lebih tinggi, tetapi kita tidak sepatutnya menjangkakan aliran menaik yang kukuh. Kami menjangkakan pound akan melemah, kerana kami masih percaya ia dalam wilayah terlebih beli (overbought) dan tidak munasabah menjadi mahal. Tahap utama pada carta 5 Minit ialah 1.2538, 1.2597-1.2605, 1.2653, 1.2688, 1.2748, 1.2791-1.2801, 1.2848-1.2860, 1.2913, 1.2981-1.2993, 1.3043. Sebaik sahaja harga bergerak 20 pip ke arah yang betul selepas membuka dagangan, anda boleh menetapkan pesanan Stop Loss pada titik pulang modal. Pada Isnin, tiada acara atau laporan penting yang dijadualkan di AS dan UK, jadi kita harus bersiap sedia untuk satu lagi hari dagangan dengan volatiliti rendah tanpa arah aliran. Pasangan mata wang ini cenderung untuk meneruskan pergerakan menaik yang perlahan dalam fasa pembetulan.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.