Tip untuk berdagang BTC
Ujian harga pada tahap 29,057 berlaku sewaktu MACD berada di kawasan negatif, yang merupakan pengesahan titik kemasukan yang tepat untuk pesanan jual. Walau bagaimanapun, tiada pergerakan menurun yang ketara. Pada sebelah petang, ujian harga pada tahap 29,263 semasa MACD berada dalam zon positif. Ia seolah-olah menjadi titik kemasukan yang baik untuk pesanan beli. Namun, selepas melonjak ke tahap 29,360, tekanan ke atas instrumen dagangan kembali. Akibatnya, peniaga gagal mengaut keuntungan yang besar.
Memandangkan peluang pembeli dan penjual adalah sama, saya akan berdagang mengikut senario No 1.
Isyarat untuk kemasukan pesanan beli
Senario No.1: anda boleh membeli BTC hari ini jika harga mencapai 29,263 (garis hijau pada carta). Ia mungkin meningkat kepada 29,585 (garis hijau lebih tebal pada carta). Pada tahap 29,585, saya mengesyorkan pedagang untuk menutup pesanan beli dan membuka pesanan jual dalam arah yang bertentangan. Bitcoin boleh berkembang dengan ketara selepas laporan lemah mengenai pasaran buruh AS. Penting! Sebelum anda membuka pesanna membeli, sila pastikan indikator MACD berada di atas paras sifar.
Senario No.2: anda juga boleh membuka pesanan beli hari ini sekiranya terdapat dua ujian harga berturut-turut pada tahap 29,058. Ini akan mengehadkan potensi menurun bagi instrumen dagangan dan membawa kepada pembalikan pasaran. Ia mungkin meningkat kepada 29,263 dan 29,585.
Isyarat untuk kemasukan pesanan jual
Senario No. 1: adalah mungkin untuk menjual BTC hari ini hanya jika harga mencecah tahap 29,058 (garis merah pada carta), yang mungkin membawa kepada penurunan mendadak. Tahap utama terletak pada 28,780 di mana saya mengesyorkan untuk keluar dari pesanan jual dan membuka pesanan beli dalam arah yang bertentangan. Tekanan ke atas BTC akan meningkat jika data NFP merekodkan bacaan positif. Penting! Sebelum anda membuka pesanna menjual, sila pastikan indikator MACD berada di bawah paras sifar dan ia baru sahaja mula menurun daripadanya.
Senario No. 2: anda juga boleh menjual BTC hari ini sekiranya terdapat dua ujian harga berturut-turut pada tahap 29,263. Ini akan mengehadkan potensi menaik bagi instrumen dagangan dan membawa kepada pembalikan pasaran. Instrumen ini diramalkan akan jatuh ke tahap 29,058 dan 28,780.
Garisan hijau nipis - titik masuk harga untuk membeli instrumen dagangan.
Garisan hijau tebal ialah harga yang dijangkakan di mana anda boleh menetapkan pengambilan untung, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.
Garisan merah nipis ialah titik masuk harga untuk menjual instrumen dagangan.
Garisan merah tebal ialah harga yang dijangkakan di mana anda boleh menetapkan pengambilan untung, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini adalah tidak mungkin.
Indikator MACD: Adalah penting untuk mempertimbangkan zon terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran.
Penting: Pedagang baharu dalam matawang kripto perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan Henti Rugi (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan henti rugi (SL), anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.
Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.