Pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk sesi Eropah pada 7 Julai 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan semalam. EUR kekal bertahan walaupun pasaran pekerjaan AS catat bacaan kukuh

Semalam, pasangan mata wang ini dilihat telah membentuk beberapa isyarat kemasukan pesanan. Mari kita lihat carta 5 minit dan ketahui apa yang telah berlaku. Dalam ulasan saya di sebelah pagi, saya menyebut tahap 1.0863 sebagai titik kemasukan pesanan yang berkemungkinan. Kenaikan harga ke tahap ini dan penembusan harga palsu telah menghasilkan isyarat jual yang mengakibatkan penurunan lebih daripada 30 pip. Data pekerjaan ADP menyebabkan kejatuhan mendadak dalam euro. Titik kemasukan untuk pesanan beli hanya muncul pada tahap 1.0836 yang akhirnya membawa 50 pip dalam keuntungan.

Untuk pesanan beli pasangan mata wang EUR/USD:

Laporan pekerjaan AS daripada ADP dan PMI perkhidmatan yang merekodkan bacaan kukuh sekali lagi mengesahkan daya tahan ekonomi AS walaupun di tengah-tengah kadar faedah yang tinggi. Data ini pasti akan memberi kesan kepada dasar Rizab Persekutuan (Fed) di masa depan. Kami akan membincangkan laporan mengenai Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) pada separuh kedua hari itu. Semasa sesi Eropah, pasaran mungkin mengambil perhatian kepada laporan imbangan dagangan Perancis dan perubahan dalam volum dagangan runcit Itali, yang tidak begitu menarik minat peserta pasaran. Ucapan oleh Naib Presiden ECB, Luis de Guindos dan ahli Lembaga Eksekutif ECB Joachim Nagel akan menjadi lebih penting kepada pasaran. Selain itu, Presiden ECB Christine Lagarde akan memberikan ucapan di tengah-tengah sesi dagangan New York.

Adalah lebih baik untuk memasuki pasaran pada separuh pertama hari selepas penurunan dan penembusan harga palsu pada tahap sokongan 1.0871 di mana purata bergerak (MA) memihak kepada kenaikan harga. Ini akan menjana isyarat beli yang berpotensi menghantar pasangan mata wang ini kembali berdagang ke tahap rintangan 1.0906. Ini adalah tahap utama kerana ujian semula harga boleh menghentikan tekanan menurun. Hanya komen "hawkish" dari wakil ECB dan data positif dari zon Eropah akan membolehkan harga keluar dari julat ini. Penembusan dan ujian menurun pada tahap 1.0906 akan mengukuhkan permintaan untuk euro, memberikannya peluang untuk kembali ke tahap tinggi 1.0933. Sasaran akhir kekal di kawasan 1.0975 di mana saya akan mengambil keuntungan. Jika pasangan mata wang EUR/USD menurun dan tiada pembeli pada tahap 1.0871, tekanan ke atas pasangan EUR/USD akan meningkat lebih awal daripada laporan penting AS. Oleh itu, hanya pembentukan penembusan harga palsu berhampiran tahap sokongan seterusnya pada 1.0836, dari mana harga telah melantun beberapa kali minggu ini, akan memberikan isyarat untuk membeli euro. Saya akan membuka pesanan beli serta-merta pada lantunan harga daripada tahap rendah 1.0808, dengan mengandaikan pembetulan menaik sebanyak 30-35 pip dalam sehari.

Untuk pesanan jual pasangan mata wang EUR/USD:

Semalam, penurunan harga dilihat telah membuat beberapa percubaan untuk mengawal pasaran tetapi euro dengan cepat melantun semula selepas setiap kali penurunan besar. Hari ini, saya akan memasuki pasaran hanya selepas penembusan palsu pada tahap 1.0906, yang akan berfungsi sebagai isyarat jual dengan potensi penurunan ke arah tahap sokongan pada 1.0871. Penyatuan harga di bawah julat ini, serta ujian semula menaiknya, akan membuka laluan untuk harga mencapai tahap 1.0836. Ini adalah tahap rendah mingguan dari mana penjual telah ditarik semula beberapa kali. Sasaran utama adalah pada tahap 1.0808 di mana saya akan mengambil keuntungan. Ujian harga pada tahap ini akan menunjukkan pembentukan pasaran menurun baharu.

Sekiranya berlaku pergerakan menaik pada pasangan mata wang EUR/USD semasa sesi dagngan Eropah dan ketiadaan penurunan harga pada tahap 1.0897, yang mungkin hanya jika kita menerima laporan yang baik, kenaikan harga akan menutup pasangan mata wang ini dalam saluran mendatar. Dalam kes sedemikian, saya akan menangguhkan pesanan jual sehingga pasangan mata wang ini mencapai rintangan seterusnya yang terletak pada tahap 1.0933. Penjualan juga boleh dilakukan di sana tetapi hanya selepas kegagalan penyatuan harga. Saya akan membuka pesanan jual serta-merta pada lantunan harga daripada tahap tinggi 1.0975, dengan mengambil kira pembetulan menurun sebanyak 30-35 pip.

Laporan COT:

Laporan COT untuk 27 Jun menunjukkan pengurangan dalam kedua-dua pesanan beli dan jual, menjadikan baki pasaran hampir tidak berubah. Data KDNK yang dikeluarkan minggu lalu sekali lagi mengesahkan daya tahan ekonomi Amerika walaupun berdepan dengan kadar faedah yang tinggi, membolehkan Rizab Persekutuan (Fed) secara aktif memerangi inflasi tinggi yang beransur-ansur kembali normal. Dalam masa terdekat, minit mesyuarat Fed akan dikeluarkan, dan kita juga akan mengetahui tentang keadaan pasaran buruh AS, yang mungkin mengukuhkan dolar AS berbanding euro. Dalam keadaan semasa, pembelian dengan penarikan semula kekal sebagai strategi jangka sederhana yang optimum. Laporan COT menunjukkan bahawa pesanan beli kumpulan bukan komersial berkurangan sebanyak 5,422 kepada 223,977 manakala pesanan jual turun sebanyak 5,801 kepada 78,949. Pada akhir minggu, keseluruhan pesanan bersih bukan komersial meningkat sedikit kepada 145,028 berbanding 144,025. Harga penutupan mingguan naik kepada 1.1006 daripada 1.0968.

Isyarat Indikator:

Purata Bergerak (MA)

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di atas Purata Bergerak (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan kemungkinan percubaan trend menaik untuk kembali ke pasaran.

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Jika pasangan mata wang EUR/USD diniagakan rendah, had bawah indikator pada tahap 1.0871 akan bertindak sebagai sokongan.

Huraian Indikator:

Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.Pesanan menjual (Shot) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.