Semalam, tiada kemasukan pesanan. Sekarang, mari kita lihat carta 5 minit dan ketahui apa yang sebenarnya telah berlaku. Pada separuh pertama hari semalam, adalah tidak mungkin untuk pasangan mata wang ini mencapai tahap yang saya nyatakan ekoran volatiliti pasaran yang rendah. Semasa sesi dagangan AS, beberapa platform dagangan telah ditutup sempena cuti umum 4 Julai, oleh yang demikian, tiada kemasukan pesanan yang sesuai.
Untuk pesanan beli pasangan mata wang EUR/USD:
Pelabur sedang menunggu laporan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Perkhidmatan utama dari zon Eropah. Indikator ini akan menetapkan arah pergerakan euro pada separuh pertama hari ini. PMI perkhidmatan kawasan euro dan PMI komposit akan dikeluarkan. Kelembapan akan membawa kepada satu lagi penjualan pasangan mata wang EUR/USD, melanjutkan arah aliran semalam. Angka harga pengeluar di zon Eropah tidak mungkin memberi kesan langsung kepada pasangan mata wang ini, kerana pelabur lebih berminat dengan laporan inflasi pengguna.
Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD jatuh di tengah-tengah angka yang mengecewakan, saya hanya akan bertindak ke atas penurunan berhampiran tahap sokongan baharu 1.0861 yang telah dibentuk minggu lepas. Penembusan harga palsu pada tahap ini akan menawarkan isyarat untuk kemasukan pesanan beli, membenarkan harga untuk kembali diniagakan ke arah tahap rintangan utama pada 1.089, yang sejajar dengan purata bergerak (MA) menurun. Ia sebahagian besar akan bergantung pada isyarat itu. Laporan PMI perkhidmatan zon Eropah yang baik akan membawa pasangan mata wang ini melepasi julat ini. Penembusan dan ujian semula menurun pada tahap ini akan mengukuhkan permintaan untuk euro dan boleh membawanya mencapai tahap 1.0933. Sasaran akhir kekal pada tahap 1.0975 di mana saya akan mengambil keuntungan.
Sekiranya berlaku penurunan harga pada pasangan mata wang EUR/USD dan ketiadaan pembeli pada tahap 1.0861, penurunan harga boleh meningkatkan kehadiran mereka. Oleh itu, hanya pembentukan penembusan harga palsu di sekitar tahap sokongan seterusnya pada 1.0837 akan menawarkan isyarat untuk kemasukan pesanan beli untuk euro. Saya akan membuka pesanan beli serta-merta pada lantunan harga daripada tahap rendah 1.0807, dengan mengandaikan pembetulan kenaikan harga harian sebanyak 30-35 pip.
Untuk pesanan jual pasangan mata wang EUR/USD:
Penjual besar akan kembali ke pasaran secara beransur-ansur, terutamanya sekiranya bacaan PMI merekodkan bacaan lemah, yang akan menandakan tanda-tanda pertama kemerosotan dalam ekonomi rantau ini. Trend menurun perlu melindungi tahap 1.0897. Penembusan harga palsu berkemungkinan akan menghasilkan isyarat kemasukan pesanan jual yang boleh menolak pasangan mata wang EUR/USD ke tahap sokongan 1.0861. Jika ya, penembusan harga pasti akan berlaku tidak lama lagi. Penyatuan harga di bawah tahap ini serta ujian semula menaik boleh mencetuskan kejatuhan ke tahap 1.0837, tahap rendah minggu lepas, di mana penjual akan menghadapi tahap yang kuat. Sasaran muktamad adalah pada tahap rendah 1.0807 di mana saya akan mengambil keuntungan. Ujian harga pada kawasan ini akan menunjukkan pembentukan kecenderungan trend menurun baharu.
Sekiranya berlaku pergerakan menaik pada pasangan mata wang EUR/USD semasa sesi dagngan Eropah dan ketiadaan penurunan harga pada tahap 1.0897, yang mungkin hanya jika kita menerima laporan yang baik, kenaikan harga akan menutup pasangan mata wang ini dalam saluran mendatar. Dalam kes sedemikian, saya akan menangguhkan pesanan jual sehingga pasangan mata wang ini mencapai rintangan seterusnya yang terletak pada tahap 1.0933. Penjualan juga boleh dilakukan di sana tetapi hanya selepas kegagalan penyatuan harga. Saya akan membuka pesanan jual serta-merta pada lantunan harga daripada tahap tinggi 1.0975, dengan mengambil kira pembetulan menurun sebanyak 30-35 pip.
Laporan COT:
Laporan COT untuk 27 Jun menunjukkan pengurangan dalam kedua-dua pesanan beli dan jual, menjadikan baki pasaran hampir tidak berubah. Data KDNK yang dikeluarkan minggu lalu sekali lagi mengesahkan daya tahan ekonomi Amerika walaupun berdepan dengan kadar faedah yang tinggi, membolehkan Rizab Persekutuan (Fed) secara aktif memerangi inflasi tinggi yang beransur-ansur kembali normal. Dalam masa terdekat, minit mesyuarat Fed akan dikeluarkan, dan kita juga akan mengetahui tentang keadaan pasaran buruh AS, yang mungkin mengukuhkan dolar AS berbanding euro. Dalam keadaan semasa, pembelian dengan penarikan semula kekal sebagai strategi jangka sederhana yang optimum. Laporan COT menunjukkan bahawa pesanan beli kumpulan bukan komersial berkurangan sebanyak 5,422 kepada 223,977 manakala pesanan jual turun sebanyak 5,801 kepada 78,949. Pada akhir minggu, keseluruhan pesanan bersih bukan komersial meningkat sedikit kepada 145,028 berbanding 144,025. Harga penutupan mingguan naik kepada 1.1006 daripada 1.0968.
Isyarat Indikator:
Purata Bergerak (MA)
Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di bawah Purata Bergerak (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan kemungkinan pembetulan menurun.
Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.
Bollinger Bands
Jika pasangan mata wang EUR/USD diniagakan rendah, had bawah indikator pada tahap 1.0860 akan bertindak sebagai sokongan.
Huraian Indikator:
Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.