Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD telah membuat ayunan tinggi pada tahap 1.2732 sebagaimana kenaikan harga terus bergerak lebih tinggi. Sekiranya berlaku penembusan harga di atas tahap tinggi baru-baru ini, maka sasaran seterusnya untuk kenaikan harga adalah ayunan tinggi yang dilihat pada tahap 1.2745, yang merupakan tahap rintangan teknikal jangka panjang utama. Momentum yang kuat dan positif pada carta 4 Jam menyokong prospek kenaikan harga untuk GBP dalam dagangan jangka pendek, tetapi keadaan pasaran semasa pada carta masa tersebut sangat terlebih beli (overbought). Sokongan teknikal utama masih dilihat pada tahap 1.2373 dan hanya penembusan harga yang berterusan di bawah tahap ini yang akan mengubah prospek kepada penurunan selanjutnya.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.2833
WR2 - 1.2724
WR1 - 1.2664
Pivot Mingguan - 1.2555
WS1 - 1.2495
WS2 - 1.2386
WS3 - 1.2326
Tinjauan dagangan:
Carta Mingguan menunjukkan corak graflilin Engulfing Bullish yang menentukan berlaku di tengah-tengah penembusan harga di luar tahap 1.2340, menandakan dominasi sentimen kenaikkan ketika harga terus meningkat. Pada masa ini, pasaran dilihat berdagang di atas Purata Bergerak 50 minggu (WMA) dan sedang menuju ke arah 100 WMA yang diletakkan pada 1.2504. Sebaliknya, penembusan harga yang berterusan di bawah sokongan teknikal jangka panjang kritikal pada tahap 1.1802 secara signifikan meningkatkan kebarangkalian pergerakan menurun yang besar, berpotensi mensasarkan harga ke tahap 1.1494.