Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 26 Mei

Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD

Ujian harga pada tahap 1.2360, bertepatan dengan masa garis MACD baru sahaja mula bergerak ke bawah dari sifar, membawa kepada isyarat penjualan dalam pasaran. Walau bagaimanapun, penurunan harga hanya berjumlah sekitar 30 pip.

Data jualan runcit dari UK pada Khamis tidak membantu pound untuk pulih, tetapi data hari ini mengenai jualan runcit keseluruhan untuk April boleh membawa kembali sentimen kenaikan harga dalam pasaran. Kemungkinan besar, pembeli akan memanfaatkan masa itu dan cuba membuat pembetulan menaik menjelang akhir minggu. Walau bgaimanapun, kebuntuan dalam isu siling hutang AS boleh menghalang pergerakan tersebut.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.2353 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2392 (garis hijau lebih tebal pada carta). Pertumbuhan harga boleh berlaku, tetapi ia hanya akan menjadi pembetulan. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa apabila anda membuka pesanan membeli, garis MACD harus melebihi sifar atau mula meningkat daripadanya. Pound juga boleh dibeli selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 1.2325, namun, garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jual (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.2353 dan 1.2392.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.2325 (garisan merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2299. Tekanan akan meningkat selepas percubaan harga gagal untuk menyatukan di atas 1.2353. Walau bagaimanapun, sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Pound juga boleh dijual selepas dua ujian harga berturut-turut pada 1.2353, namun garis MACD harus berada di kawasan terlebih beli (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.2325 dan 1.2299.

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau - titik masuk harga di mana anda boleh membeli pasangan GBP/USD

Garis tebal? hijau tebal - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.

Garis halus ?merah - harga kemasukan di mana anda boleh menjual pasangan GBP/USD

Garis tebal? merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini tidak mungkin.

Garisan MACD- adalah penting untuk berpandukan oleh kawasan terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran

Penting: Pedagang baharu perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.