Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 15 Mei

Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD

Ujian harga pada tahap 1.0933 berlaku apabila garis MACD berada agak jauh daripada sifar, oleh yang demikian, potensi menaik adalah terhad. Beberapa ketika kemudian, terdapat ujian harga lain, tetapi kali ini isyarat pasaran adalah untuk membuka pesanan jual, yang mengakibatkan penurunan harga lebih 30 pip. Ujian harga pada tahap 1.0915 di sebelah petang bertepatan dengan permulaan pergerakan menurun garis MACD, membawa kepada penurunan kepada tahap 1.0895.

Pedagang cuba mengekalkan euro pada tahap tinggi harian selepas Perancis dan Itali mengeluarkan data mereka tentang harga pengguna. Walau bagaimanapun, tekanan kembali pada waktu petang, malah laporan sentimen pengguna yang lemah dari Universiti Michigan tidak mengekalkan selera risiko. Terdapat kemungkinan penurunan ini akan berterusan hari ini kerana laporan mengenai pengeluaran perindustrian zon Eropah dijadualkan akan dikeluarkan. Tekanan boleh menjadi lebih teruk jika indikator menjadi lebih lemah daripada yang dijangkakan. Ramalan ekonomi dari Suruhanjaya Eropah akan menjadi sama menarik, serta mesyuarat Eurogroup, di mana, sebagai tambahan kepada masalah politik utama, isu-isu berpotensi dengan inflasi yang tinggi dan pengurangan pinjaman di rantau ini akan dibincangkan. Ucapan ahli lembaga ECB Joachim Nagel boleh dianggap penting. Pada sebelah petang, data mengenai indeks pengeluaran dari Empire Manufacturing akan dikeluarkan, tetapi lebih menarik ialah ucapan ahli FOMC Raphael Bostic dan Neel Kashkari. Mereka mungkin mengulas mengenai isu siling hutang AS, yang akan membawa kepada pengukuhan dolar AS.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.0875 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0912. Pertumbuhan harga akan dilihat, tetapi ia hanya akan menjadi pembetulan menaik. NNamun adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar atau mula bergerak naik daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli selepas dua ujian harga berturut-turut pada 1.0855, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jual (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.0875 dan 1.0912.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.0855 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0820. Tekanan harga akan kembali jika terdapat laporan statistik AS merekodkan bacaan yang kukuh. Namun adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan bahawa garis MACD berada di bawah sifar atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro selepas dua ujian harga berturut-turut pada 1.0875, walau bagaimanapun garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih beli (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.0855 dan 1.0820.

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau - harga kemasukan di mana anda boleh membeli EUR/USD

Garis tebal hijau - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.

Garis halus merah - harga kemasukan di mana anda boleh menjual EUR/USD

Garis tebal merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini tidak mungkin.

Garis MACD- adalah penting untuk dipandu oleh kawasan terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.