Analisis teknikal BTC/USD untuk 20 Oktober 2023

Berita Industri Kripto:

Peguam Negara New York telah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap syarikat mata wang kripto Gemini, Genesis dan Digital Currency Group (DCG), menuduh mereka terlibat aktiviti penipuan dalam Program Pelaburan Gemini Earn.

Kenyataan rasmi dari Pejabat Peguam Negara Letitia James meletakkan asas untuk tuduhan itu, mendakwa bahawa syarikat-syarikat itu menipu lebih daripada 23,000 orang pelabur, termasuk 29,000 penduduk New York, lebih dari $1 bilion.

Penyelidikan oleh James menunjukkan bahawa Gemini menyesatkan pelabur mengenai program pelaburan Gemini Earn dengan kerjasama Genesis. Dikatakan bahawa walaupun terdapat jaminan Gemini bahawa pelaburan itu berisiko rendah, siasatan mendapati bahawa keadaan kewangan Genesis adalah "berisiko".

Tuntutan itu juga menuduh Genesis, bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya Soichiro Moro, syarikat induk DCG dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Barry Silbert melakukan penipuan dalam usaha menyembunyikan kerugian lebih dari $1.1 bilion.

Tuntutan itu bertujuan untuk melarang Gemini, Genesis dan DCG beroperasi dalam industri pelaburan kewangan di New York dan meminta pembayaran balik pelaburan dan "keuntungan yang diperoleh secara haram."

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan BTC/USD diramalkan akan bergerak lebih tinggi selepas mnembusi keluar dari penyatuan. Tahap tinggi tempatan baru dibuat pada $29,437. Sokongan teknikal intraday dilihat terletak pada $28,079 dan rintangan teknikal intraday pada $28,829. Momentum yang kuat dan positif pada carta 4 Jam menyokong prospek kenaikan harga jangka pendek untuk BTC, namun keadaan pasaran kini sangat terlebih beli (overbought) pada 4 Jam. Mana-mana penembusan harga pada tahap yang lebih rendah berkemungkinan akan mendorong BTC untuk melanjutkan penurunan menuju ke arah tahap $26,031.

Titik Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - $28,998

WR2 - $28,237

WR1 - $27,961

Pivot Mingguan - $27,478

WS1 - $27,202

WS2 - $26,719

WS3 $25,960

Tinjauan Dagangan:

Trend menaik telah menembusi di atas tahap perubahan permainan yang terletak pada tahap $25,442, oleh yang demikian prospek jangka sederhana untuk BTC buat masa sekarang adalah menaik. Penarikan semula harga terakhir telah mencapai Anjakan semula Fibonacci 38% dan pasaran bersedia untuk meneruskan pergerakan menaik. Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga dilihat pada tahap $32,350. Selagi tahap 19,572 tidak ditembusi dengan jelas, maka terdapat peluang untuk kesinambungan aliran menaik jangka panjang.