Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD
Ujian harga pada tahap 1.2635 adalah bertepatan dengan masa garis MACD sudah berada jauh daripada sifar, oleh yang demikian, potensi menaik adalah terhad. Beberapa ketika kemudian, terdapat ujian harga lain, tetapi kali ini ia berada pada tahap 1.2611 dan garis MACD baru sahaja mula bergerak ke bawah daripada sifar. Malangnya, tiada penurunan harga yang ketara pada percubaan pertama. Pasangan mata wang ini jatuh sebanyak 25 pip hanya pada ujian kedua tahap harga.
Kalendar ekonomi di UK kosong lagi pada hari ini, oleh itu, pedagang harus menjangkakan untuk melihat satu lagi lonjakan menaik pada tahap tinggi bulanan. Walau bagaimanapun, kenaikan ini akan dihadkan oleh data dari AS, kerana pertumbuhan selanjutnya dalam inflasi berkemungkinan mendorong peningkatan untuk permintaan dolar AS yang seterusnya, akan membawa kepada kejatuhan pada pasangan mata wang GBP/USD. Jika tekanan inflasi berkurangan, terutamanya dalam laporan teras, pound akan mengukuh. Laporan Pelaksanaan Belanjawan AS tidak akan menarik minat peserta pasaran.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.2642 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2667 (garis hijau lebih tebal pada carta). Pertumbuhan harga boleh berlaku sekiranya data inflasi AS merekodkan bacaan yang sangat lemah. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa apabila anda membuka pesanan membeli, garis MACD harus melebihi sifar atau mula meningkat daripadanya. Pound juga boleh dibeli selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 1.2622, namun, garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jual (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.2642 dan 1.2667.
Untuk pesanan menjual:
Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.2622 (garisan merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2585. Tekanan akan kembali di tengah-tengah kekurangan aktiviti pada tahap tinggi harian dan laporan statistik AS yang kukuh. Walau bagaimanapun, sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Pound juga boleh dijual selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 1.2642, namun garis MACD harus berada di kawasan terlebih beli (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.2622 dan 1.2585.
Apakah yang terdapat pada carta:
Garis halus hijau - titik masuk harga di mana anda boleh membeli pasangan GBP/USD
Garis tebal? hijau tebal - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.
Garis halus ?merah - harga kemasukan di mana anda boleh menjual pasangan GBP/USD
Garis tebal? merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini tidak mungkin.
Garisan MACD- adalah penting untuk berpandukan oleh kawasan terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran
Penting: Pedagang baharu perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.
Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.