Pada Jumaat lepas, hanya terdapat satu entri pesanan. Sekarang, mari kita lihat carta 5 minit dan ketahui tahu apa yang sebenarnya telah berlaku. Dalam artikel saya di sebelah pagi, saya mengalihkan perhatian anda kepada tahap 1.1029 dan mengesyorkan untuk membuat keputusan dengan memfokuskan pada tahap ini. Penurunan harga ke tahap ini berlaku agak cepat tetapi tiada entri pesanan di sana. Dagangan telah dijalankan berhampiran tahap 1.1029. Pada sebelah petang, penembusan dan ujian semula menaik pada tahap 1.0988 membawa kepada isyarat kemasukan pesanan jual. Walau bagaimanapun, pergerakan menurun yang ketara tidak berlaku. Akibatnya, saya terpaksa menutup pesanan dengan Stop Loss.
Bila hendak membuka pesanan beli pada pasangan mata wang EUR/USD:
Euro jatuh dengan mendadak susulan laporan pasaran buruh AS yang kukuh. Namun, tidak lama selepas itu, ia berjaya pulih ke tahap sebelumnya. Anehnya, kenaikan harga EUR dapat mengambil kesempatan daripada situasi itu. Ekonomi AS kekal berdaya tahan walaupun pengetatan monetari. Hari ini, tidak akan ada laporan ekonomi penting. Spekulator mungkin mengabaikan data Pengeluaran Perindustrian Jerman dan Indeks Keyakinan Pelabur Sentix. Naib Presiden Bundesbank, Claudia Buch dan pegawai ECB Philippe Lane dijadualkan akan menyampaikan ucapan.
Pada pendapat saya, adalah lebih baik untuk membuka pesanan beli jika pasangan mata wang ini memulakan pembetulan harga. Saya akan memfokuskan pada tahap 1.1029, yang terbentuk pada Jumaat lalu. Penembusan harga palsu di sana berpotensi untuk menawarkan titik kemaskan pesanan beli baharu. Pasangan mata wang ini cenderung untuk melonjak naik ke tahap rintangan 1.1060. Penembusan dan ujian semula menurun pada tahap ini di tengah-tengah statistik makro positif di zon Eropah akan meningkatkan aliran menaik, memberikan isyarat kemasukan pesanan beli. Pasangan mata wang ini berpotensi untuk mengukuh sehingga ke tahap tinggi bulanan 1.1090. Sasaran yang lebih jauh ialah pada tahap 1.1129 di mana saya mengesyorkan peniaga untuk menetapkan keuntungan.
Jika pasangan mata wang EUR/USD menurun dan kenaikan harga tidak menunjukkan aktiviti pada tahao 1.1029, yang juga agak mungkin kerana pasangan mata wang ini bergerak dalam saluran mendatar, hanya penembusan harga palsu pada tahap sokongan 1.0969 boleh menjana titik kemasukan baharu untuk pesanan beli. Anda boleh membeli pasangan mata wang EUR/USD pada lantunan harga daripada 1.0944, dengan mengambil kira pembetulan intraday menaik sebanyak 30-35 pip.
Bila hendak membuka pesanan jual pada pasangan mata wang EUR/USD:
Trend menurun dilihat berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan semula kelebihan, terutamanya selepas pasaran buruh merekodkan bacaan yang optimis. Pada Jumaat lalu, ia telah menolak pasangan mata wang ini ke arah bawah lebih daripada 60 pip tetapi ini tidak mencukupi. Trend menaik kembali mendominasi pasaran. Hari ini, ia perlu melindungi tahap rintangan 1.1060. Penembusan harga pada tahap ini mungkin berlaku selepas pengumuman statistik makro di zon Eropah. Penembusan harga palsu pada tahap ini dan lemah boleh memberikan isyarat pesanan jual. Dalam kes ini, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan jatuh kepada tahap 1.1029 di mana purata bergerak memberi manfaat kepada kenaikan harga. Penyatuan harga di bawah julat ini serta ujian semula menaik pada tahap ini akan mendorong penurunan harga kepada tahap 1.1000. Sasaran yang lebih jauh ialah tahap 1.0969 di mana saya mengesyorkan peniaga untuk menetapkan keuntungan.
Jika pasangan mata wang EUR/USD meningkat semasa sesi dagangan Eropah tidak menunjukkan momentum pada tahap 1.1060, maka kenaikan harga mungkin akan cuba meneruskan aliran semalam. Dalam kes ini, adalah lebih baik untuk menangguhkan pesanan jual sehingga penembusan palsu berlaku pada tahap 1.1090, sempadan atas saluran mendatar. Anda juga boleh membuka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD pada lantunan harga daripada 1.1129, dengan mengambil kira pembetulan intraday menurun sebanyak 30-35 pip.
laporan COT
Laporan COT (Komitmen Pedagang) untuk 25 April mencatatkan peningkatan dalam pesanan beli dan penurunan dalam pesanan jual. Walaupun terdapat beberapa pergerakan diperhatikan di pasaran menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed), di mana kadar pasti akan dinaikkan sebanyak 0.25%, pedagang tidak tergesa-gesa untuk menutup pesanan beli pada pasangan mata wang EUR/USD kerana mereka menjangkakan dasar yang lebih agresif daripada Bank Pusat Eropah. Risiko kemelesetan di AS dan kelembapan pesat dalam ekonomi, bersama-sama dengan masalah dalam sektor perbankan, juga membolehkan peniaga bertaruh pada pertumbuhan dalam aset berisiko dalam jangka sederhana, yang memberi manfaat kepada pembeli EUR. Laporan COT menunjukkan bahawa pesanan beli bukan komersial meningkat sebanyak 1,147 kepada 243,516, manakala pesanan jual bukan komersial merosot sebanyak 3,892 kepada 74,116. Akibatnya, jumlah pesanan bersih bukan komersil meningkat minggu lepas kepada 144,892 berbanding 139,956 minggu sebelumnya. Pasangan mata wang EUR/USD ditutup lebih rendah minggu lepas pada tahap 1.1006 berbanding harga penutupan 1.1010 pada minggu sebelumnya.
Isyarat Indikator:
Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di atas Purata Bergerak (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan bahawa aliran menurun berusaha untuk mendominasi pasaran.
Purata Bergerak (MA)
Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.
Bollinger Bands
Jika pasangan mata wang EUR/USD mengukuh, had atas indikator pada tahap 1.0000 akan berfungsi sebagai rintangan.
Huraian Indikator:
Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.