Analisis dan cadangan dagangan untuk EUR/USD pada 14 April

Analisis urusniaga dan cadangan untuk berdagang EUR/USD

Euro menguji tahap 1.0998 apabila garisan MACD baru mula bergerak naik di atas sifar, yang merupakan sebab yang baik untuk membeli. Ini mengakibatkan kenaikan harga kira-kira 45 pip. Tiada isyarat pasaran lain muncul sepanjang hari itu.

Euro didagangkan menaik pada pagi Khamis, susulan daripada data CPI dari Jerman dan laporan pengeluaran perindustrian yang lebih baik berbanding jangkaan dari zon euro. Dan meskipun data yang lemah pada tuntutan pengangguran AS merosakkan mood pelabur pada sebelah petang, segala-galanya telah dikompensasikan oleh penurunan indeks harga pengeluar, yang membantu dolar buat sementara waktu. Tetapi selepas beberapa ketika, pertumbuhan pasangan EUR/USD berterusan.

Tiada apa yang boleh mengubah keadaan dalam pasaran hari ini walaupun menjelang di hadapan adalah data CPI dari Perancis dan Sepanyol, serta ucapan daripada ahli ECB Joachim Nagel. Terdapat juga laporan penting pada sebelah petang, seperti perubahan dalam volume perdagangan runcit dan pengeluaran perindustrian di AS. Pertumbuhan dalam penunjuk ini mungkin mengimbangi penurunan dolar. Indeks sentimen pengguna dan jangkaan inflasi dari Universiti Michigan juga akan menjadi agak menarik.

Untuk kedudukan panjang (beli):

Beli euro apabila tahap 1.1076 (garisan hijau pada carta) dicapai dan kemudian ambil untung (TP) pada harga 1.1111. Pertumbuhan akan berlaku sekiranya statistik zon euro yang akan datang melebihi jangkaan. Walau bagaimanapun, sebelum membeli, pedagang harus memastikan bahawa garisan MACD berada di atas sifar atau mula meningkat daripadanya. Euro juga boleh dibeli pada 1.1049, tetapi garisan MACD sepatutnya berada di kawasan terlebih jual kerana hanya dengan itu pasaran akan berbalik kepada 1.1076 dan 1.1111.

Untuk kedudukan pendek (jual):

Jual euro apabila tahap 1.1049 (garisan merah pada carta) dicapai dan kemudian ambil untung (TP) pada harga 1.1013. Tekanan berkemungkinan akan kembali petang ini kerana pedagang akan menutup kedudukan pada hujung minggu. Walau bagaimanapun, pastikan sebelum menjual, garisan MACD berada di bawah sifar atau mula bergerak ke bawah daripadanya. Euro juga boleh dijual pada 1.1076, tetapi garisan MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih beli kerana hanya dengan itu pasaran akan berbalik kepada 1.1049 dan 1.1013.

Apakah yang terdapat pada carta:

Garisan hijau nipis - harga masuk di mana anda boleh membeli pasnagan EUR/USD

Garisan hijau tebal - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.

Garisan merah nipis - harga masuk di mana anda boleh menjual pasangan EUR/USD

Garisan merah tebal - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini tidak mungkin.

Garisan MACD- adalah penting untuk dipandu oleh kawasan terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran

Penting: Pedagang baharu perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.