Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan rendah kepada tahap 1.1961 pada Rabu, yang mana ia berjaya bergerak hanya beberapa hari yang lalu. Seperti yang kita dapat lihat, trend menaik tidak mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk membangunkan momentum menaik, oleh yang demikian, pound sering menukar arahnya. Dalam analisis carta yang lebih besar, kami mengatakan bahawa terdapat kebarangkalian tinggi untuk harga mendatar atau "berayun". Dan walaupun pada carta yang lebih kecil, "ayunan" ini agak jelas. Tiada peristiwa atau laporan penting yang dijadualkan di UK pada hari Rabu, tetapi AS menerbitkan laporan yang agak penting, Indeks Pembuatan ISM. Ia meningkat daripada 47.4 kepada 47.7 pada bulan Februari, yang mana ini bukanlah perubahan ketara. Pasaran menjangkakan ia akan mencatatkan bacaan pada 48.0, tetapi kenaikan sedemikian tidak akan memberikan sokongan yang kuat kepada dolar AS, kerana bacaan di bawah paras 50 adalah trend negatif bagi sektor itu. Pada akhirnya, pasaran hanya mengabaikan laporan ini. Dolar AS meningkat pada sebelah petang, yang membuktikan kesimpulan ini. Untuk dagangan jangka sederhana, saya percaya bahawa dolar AS harus terus meningkat dan pound akan jatuh. Tetapi ambil perhatian bahawa trend mendatar pada carta yang lebih besar. Pada carta yang lebih kecil, kita mungkin melihat pergerakan harga dalam arah yang berbeza sebanyak 200-300 mata disebabakannya.
Gambaran teknikal pada carta 5 minit kelihatan sangat menarik untuk pedagang baru. Pasangan mata wang ini telah melantun dari kawasan 1.2065-1.2079, dan berjaya turun kira-kira 37 pip. Pedagang baru mempunyai hak untuk menggunakan isyarat ini. Walau bagaimanapun, sukar untuk memperoleh keuntungan daripada pesanan jual kerana pasangan mata wang itu kembali ke kawasan 1.2065-1.2079 dengan segera. Ia kembali dan melantun semula, sekaligus membentuk satu lagi isyarat untuk kemasukan pesanan jual. Dalam kes kedua, harga berjaya mencapai tahap sasaran terdekat pada 1.1961 (dengan ralat 3 pip), oleh yang demikian, pedagang baru boleh menutup pesanan jual dengan kira-kira 70 pip keuntungan. Ia juga mungkin untuk menetapkan harga pada isyarat beli terakhir dan memperoleh 50 pip lebih dengan membuka pesanan beli, menutupnya secara manual apabila hampir kepada sesi dagangan petang. Oleh itu, ia ternyata menjadi hari yang agak menguntungkan.
Pada carta 30 minit, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah memulakan kitaran baharu pergerakan menaik, tetapi segera menamatkannya. Pada masa ini, tiada arah aliran, garis aliran atau saluran yang jelas untuk pasangan mata wang ini. Mungkin terdapat trend mendatar pada carta yang lebih besar, manakala pada carta yang lebih kecil, akan terdapat perubahan pergerakan yang kerap. Pada carta 5 minit, adalah disyorkan untuk berdagang pada tahap berikut; 1.1716, 1.1793, 1.1863-1.1877, 1.1950-1.1957-1.1961, 1.2065-1.2079, 1.2138, 1.2138, 1.2127, 1.2138, dan 1.2127. Sebaik sahaja harga melepasi 20 pip ke arah yang betul, anda harus menetapkan pesanan Stop Loss kepada titik pulang modal. Tiada laporan penting yang dijadualkan pada hari Khamis di UK dan AS, tetapi pound telah didagangkan dengan sangat tidak menentu dalam beberapa hari kebelakangan ini, oleh itu, pergerakan menarik mungkin berlaku pada hari Khamis.
Peraturan asas sistem dagangan:1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Pada carta:Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.