Analisis Teknikal BTC/USD untuk 17 Ogos 2023

Berita Industri Kripto:

Pasaran mata wang kripto global berada di persimpangan: Bitcoin, mata wang digital tertua di dunia, sedang bergelut untuk kekal berada di atas paras $29,000. ETH, mata wang kripto asli blockchain Ethereum, juga melemah, meraih kecairan hampir $1,820. Namun begitu, penganalisis dan pakar pasaran terkenal Tom Lee meramalkan peningkatan mendadak terhadap keseluruhan sektor.

Semasa temu bual TV, Tom Lee dengan yakin memberikan jaminan kepada peserta pasaran dan pemerhati bahawa kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS terhadap ETF spot Bitcoin boleh bertindak sebagai pemangkin, memacu harga Bitcoin ke paras antara $150,000 dan $180,000.

SEC kini sedang menyemak beberapa aplikasi spot ETF dengan BTC sebagai aset asas. Minggu lalu, Suruhanjaya memutuskan untuk menangguhkan keputusan mengenai permohonan yang dikemukakan oleh ARK21, yang disokong, antara lain, Cathie Wood yang terkenal. Walau bagaimanapun, pasaran tidak sabar menunggu keputusan terutamanya mengenai gergasi TradFi, iaitu kumpulan modal BlackRock, yang boleh membuka jalan untuk mata wang kripto ke sasaran komitmen institusi yang ketara.

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan BTC/USD dilihat telah mencecah paras $29,350 semasa lonjakan menuurn baru-baru ini dan berlegar di sekelilingnya pada carta 4 Jam. Tahap ini juga akan bertindak sebagai sokongan teknikal, kerana ia merupakan tahap penembusan yang belum diuji mulai 21 Jun 2023 (ditunjukkan sebagai anak panah biru tajam pada carta). Namun begitu, penurunan harga mungkin cuba menguji tahap anjakan seterusnya yang dilihat pada paras $29,238 (tahap anjakan Fibonacci 61%). Keadaan pasaran pada carta 4 Jam adalah sangat terlebih jual (oversold), oleh yang demikian, lantunan atau pembalikan harga masih diramalkan akan berlaku.

Titik Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - $29,987

WR2 - $29,629

WR1 - $29,485

Pivot Mingguan - $29,270

WS1 - $29,127

WS2 - $28,912

WS3 - $28,553

Tinjauan Dagangan:

Trend menaik telah menembusi di atas tahap perubahan dagangan yang terletak pada paras $25,442, kini prospek jangka pertengahan untuk BTC adalah menaik. Penarikan semula harga terakhir telah mencapai anjakan Fibonacci 38% dan pasaran bersedia untuk meneruskan pergerakan menaik. Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga dilihat terletak pada paras $32,350. Selagi paras 19,572 ini tidak ditembusi dengan jelas, maka terdapat peluang untuk aliran menaik jangka panjang berterusan.