Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 9 Februari

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Ujian pertama pada tahap 1.0759 berlaku apabila garis MACD sudah berada jauh daripada sifar, oleh yang demikian, potensi kenaikan harga adalah terhad. Tetapi beberapa ketika kemudian, terdapat juga ujian harga yang lain, di mana garis MACD berada di kawasan terlebih beli (overbought) dan secara beransur-ansur menurun daripada sana. Ini adalah titik entri yang baik untuk pesanan menjual, yang membawa kira-kira 40 pip keuntungan. Pada sebelah petang, ujian dan isyarat untuk entri pesanan beli daripada tahap 1.0723 muncul, mengambil kira-kira 15 pip daripada pasaran.

Laporan pasaran buruh Itali dan data jualan runcit Perancis tidak menjejaskan euro semalam. Walau bagaimanapun, menjelang dagangan di sebelah petang, terdapat penurunan harga kerana ucapan daripada ahli FOMC memihak kepada dolar AS.

Kemungkinan besar, akan ada lantunan semula hari ini kerana data CPI Jerman mungkin membawa kembali permintaan untuk euro. Tetapi itu hanya akan berlaku jika angka itu memberi isyarat bahawa inflasi telah melebihi ramalan. Ucapan ahli lembaga ECB Joachim Nagel, yang terkenal dengan pendiriannya yang "hawkish", juga berkemungkinan akan memberikan sokongan kepada euro.

Pada sebelah petang, AS dijadualkan akan mengeluarkan laporan mingguannya mengenai tuntutan pengangguran, tetapi ia tidak mungkin membawa kepada pergerakan pasaran yang ketara. Namun begitu, angka yang baik boleh memberi kesan positif ke atas dolar AS.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.0759 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0798. Pertumbuhan harga boleh berlaku, tetapi tidak mungkin pasangan mata wang ini akan keluar daripada trend mendatar. Namun begitu, pastikan apabila membeli, garis MACD berada di atas sifar atau mula meningkat daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli Euro pada tahap 1.0723, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0759 dan 1.0798.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.0723 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0674. Tekanan mungkin kembali jika statistik dari zon Eropah mencatatkan bacaan yang lebih buruk berbanding ramalan. Tetapi sila ambil perhatian bahawa apabila anda membuka pesanan menjual, garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 1.0759, namun, garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.0723 dan 1.0674.

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.