Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 7 Ogos 2023

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD dilihat terus membentuk corak harga rendah yang lebih rendah (Lower Low) pada corak harg tinggi yang lebih rendah (Lower High) dengan corak tinggi yang lebih rendah (Lower High) terakhir dibuat pada tahap 1.2791. Penurunan harga sedang mendominasi pasaran ini, oleh yang demikian, pedagang harus memberi perhatian kepada tahap sokongan teknikal urusniaga harian yang dilihat pada 1.2687 dan 1.2620. Sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat terletak pada tahap 1.2590, yang merupakan tahap sokongan teknikal jangka pendek utama. Momentum yang lemah dan negatif pada carta 4 Jam menyokong prospek dagangan menurun jangka pendek untuk GBP.

Titik Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - 1.28319

WR2 - 1.27837

WR1 - 1.27586

Pivot Mingguan - 1.27355

WS1 - 1.27104

WS2 - 1.26873

WS3 - 1.26391

Tinjauan Dagangan:

"Bull" dilihat meneruskan trend menaik menuju ke arah rintangan teknikal utama yang terletak pada tahap 1.3163 dan penembusan harga di atas tahap ini diperlukan untuk memastikan kesinambungan aliran menaik ke arah ayunan tinggi Mingguan terakhir yang dilihat pada tahap 1.4248 berlaku. Hanya penembusan harga yang berterusan pada tahap sokongan teknikal 1.1775 akan mengubah prospek dagangan ini kepada penurunan harga.