Bagaimana untuk berdagang pasangan GBP/USD pada 21 Disember. Cadangan dan analisis dagangan ringkas untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Selasa: Pasangan GBP/USD pada carta M30

Pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan pergerakan yang sememangnya adalah sama dengan pasangan EUR/USD. Walau bagaimanapun, ini tidak sepatutnya mengejutkan anda, kerana pasaran kini berada dalam senario mendatar secara keseluruhan. Jika kedua-dua pasangan berdagang mendatar, maka adalah logik bahawa mereka menunjukkan pergerakan yang hampir sama. Tiada laporan atau acara di UK dan AS, jadi tiada sebarnag bentuk senario untuk bertindak balas lagi. Secara rasmi, pembetulan penurunan harga akan berterusan apabila harga telah jatuh di bawah garis aliran menaik. Walau bagaimanapun, pergerakan ini kelihatan lebih seperti mendatar. Ambil perhatian bahawa pedagang mengabaikan tahap 1.2141. Kami mempunyai situasi mendatar dengan penurunan yang terancang dan minimum, yang lebih teruk berbanding kedudukan mendatar dalam saluran mendatar. Secara umum, keadaan dagangan kini tidak menguntungkan, yang harus diambil kira.

Pasangan GBP/USD pada carta M5

Terdapat banyak isyarat dagangan pada carta 5 minit. Justeru, pertimbangkan kaedah untuk berdagang dan sama ada ia mungkin untuk membuat keuntungan. Isyarat jual pertama adalah positif, harga hampir turun ke tahap 1.2079, tetapi ia tidak berjaya, jadi anda boleh memperoleh keuntungan jika kedudukan jual ditutup secara manual, tetapi kami percaya bahawa Henti Rugi (SL) diletakkan pada titik pulang modal. Ini diikuti oleh isyarat beli sekitar 1.2141, selepas itu pasangan mata wang mencapai tahap sasaran 1.2186 – 16 mata keuntungan. Lantunan dari tahap 1.2186 seharusnya digunakan untuk membuka kedudukan pendek, selepas itu pasangan itu kembali ke tahap 1.2141 – 19 mata lagi keuntungan. Lantunan daripada 1.2141 sepatutnya digunakan sekali lagi untuk membuka kedudukan beli, tetapi kali ini GBP tidak mencapai 1.2186 – urus niaga ditutup pada Henti Rugi pada titik pulang modal. Ini diikuti oleh isyarat jual lain di sekitar 1.2141, tetapi harga gagal mencapai 1.2079, jadi ini telah ditutup pada Henti Rugi pada titik pulang modal. Isyarat yang tinggal di sekitar 1.2141 tidak boleh digunakan lagi. Hasilnya, kami berjaya menutup hari dagangan dengan keuntungan yang sedikit.

Cadangan dagangan pada hari Rabu:

Pada carta 30 minit, pasangan mata wang pound/dolar mempunyai peluang sebenar untuk aliran menurun sejak GBP akhirnya melepasi garis aliran menaik. Walau bagaimanapun, ia kelihatan seperti pergerakan kelihatan lebih seperti mendatar. Saya percaya bahawa pound mungkin terus jatuh, meskipun cuti yang akan datang, tetapi terdapat juga kebarangkalian yang tinggi untuk peregrakan mendatar. Pada TF 5 minit pada hari Rabu, adalah disarankan untuk berdagang pada tahap 1.1950-1.1957, 1.2064-1.2079, 1.2141, 1.2186-1.2205, 1.2245-1.2260, 1.2337-1. Sebaik sahaja harga melepasi 20 pip ke arah yang betul, anda harus menetapkan Henti Rugi kepada pulang modal. Tiada acara penting yang dirancang di UK dan AS lagi. Kita hanya perlu menunggu pergerakan menurun.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat ditentukan oleh masa yang diambil oleh isyarat untuk terbentuk (lantunan atau penembusan tahap). Lebih cepat ia terbentuk, lebih kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih kedudukan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Ambil Untung (TP) atau menguji tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya pada tahap ini harus diabaikan.

3) Apabila berdagang secara mendatar, pasangan boleh membentuk berbilang isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Walau apa pun, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang pada isyarat pertama pergerakan mendatar.

4) Dagangan harus dibuka dalam tempoh antara permulaan sesi Eropah dan pertengahan waktu dagangan AS apabila semua kedudukan perlu ditutup secara manual.

5) Anda boleh berdagang menggunakan isyarat dari indikator MACD pada carta masa (TF) 30 minit hanya di tengah-tengah volatiliti yang kuat dan arah aliran yang jelas yang harus disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 pip), ia harus dianggap sebagai tahap sokongan dan rintangan.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Ambil Untung (TP) berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan ke arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Penunjuk MACD (14, 22, dan 3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan penunjuk ini dalam kombinasi dengan corak arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Pengumuman penting dan laporan ekonomi tersedia pada kalendar ekonomi boleh mempengaruhi trajektori pasangan mata wang secara ketara. Oleh itu, semasa penerbitan, kami mencadangkan berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan turun naik harga yang mendadak.

Pedagang baru di Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dagangan dalam jangka masa yang panjang.