Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 20 Disember

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Pasangan mata wang ini menguji tahap 1.0615 sewaktu penulisan artikel ini apabila garis MACD baru mula bergerak di atas sifar, yang merupakan isyarat yang baik untuk membuka pesanan membeli. Sehubungan itu, ia membawa kepada kenaikan harga lebih 40 pip, walau bagaimanapun, 1.0661 terlepas hanya dengan beberapa mata, jadi pedagang tidak boleh menjual pada lantunan semula. Tiada isyarat dagangan lain yang muncul sepanjang hari itu.

Euro meningkat pada Isnin, hasil daripada indeks jangkaan perniagaan yang kukuh, indeks situasi semasa dan indeks iklim perniagaan daripada IFO. Tetapi ini memberi laluan kepada tekanan penjualan yang sama kuat hari ini, terutamanya memandangkan laporan PPI Jerman, yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, dijangka menunjukkan penurunan. Terdapat juga ucapan daripada wakil ECB yang berkemungkinan besar bersifat "dovish" mengenai kadar faedah.

Pada sebelah petang, banyak lagi laporan menarik akan dikeluarkan dari AS seperti bilangan permit bangunan yang dikeluarkan dan jumlah pembinaan rumah baharu. Penurunan dalam angka akan menandakan permulaan kemelesetan, yang dijangkakan oleh sebahagian besar pedagang pada tahun 2023. Ini akan memberi tekanan ke atas dolar dan membawa kepada lonjakan menaik pada pasangan mata wang EUR/USD.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.0617 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0661. Pertumbuhan harga boleh berlaku selepas laporan inflasi yang kukuh di Jerman. Tetapi sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli Euro pada tahap 1.0582, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0617 dan 1.0661.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.0582 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0545. Tekanan akan meningkat jika Jerman melaporkan statistik ekonomi yang lemah. Tetapi sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 1.0617, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.0582 dan 1.0545.

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.