Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD telah melantun daripada tahap 1.2343 dan kenaikan harga sedang menguji garis rintangan dinamik jangka pendek di sekitar tahap 1.2427 sebagaimana peserta pasaran sedang menunggu penembusan harga yang lebih tinggi untuk meneruskan aliran menaik. Sokongan teknikal urusniaga harian dilihat pada tahap 1.2387 dan rintangan teknikal terletak pada 1.2441. Momentum pada carta 4 Jam menembusi zon positif, oleh yang demikian, prospek dagangan jangka pendek untuk GBP kekal menaik melainkan tahap 1.2343 ditembusi dengan jelas. Jika garis arah aliran berjaya dicapai, maka sasaran seterusnya untuk kenaikan harga dilihat pada ayunan tinggi yang terletak pada tahap 1.2524.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.25962
WR2 - 1.24982
WR1 - 1.24564
Pivot Mingguan - 1.24002
WS1 - 1.23584
WS2 - 1.23022
WS3 - 1.22042
Tinjauan Dagangan:
Setakat ini, tahap 1.2443 adalah merupakan rintangan yang terlalu kuat untuk ditembusi, jadi corak harga "Double Top" yang berpotensi masih berlangsung. Selain itu, tahap 1.2297 iaitu anjakan Fibonacci 50% bagi gelombang besar penurunan terakhir telah dicapai, maka trend menurun telah meneruskan pergerakan ke tahap yang lebih rendah lagi. Arah aliran menurun telah disahkan dengan tahap penembusan 1.2089 (50 WMA), jadi kini potensi sasaran untuk penurunan harga dilihat terletak pada tahap 1.1840 atau lebih rendah.