Analisis Teknikal GBP/USD untuk 5 April 2023

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah membuat satu lagi corak Higher high (HH) pada tahap 1.2524 apabila aliran menaik berterusan. Sokongan teknikal urusniaga harian dilihat terletak pada tahap 1.2422. Namun begitu, penolakan terakhir ke tahap tinggi baharu telah menghasilkan corak graf lilin Pin Bar pada carta 4 Jam kerana keadaan pasaran pada carta ini kini amat terlebih belian (overbought). Sasaran penarikan semula dilihat pada tahap 1.2422 - 1.2394. Apabila penarikan semula harga selesai, pasaran harus meneruskan aliran menaik menuju ke arah ayunan tinggi baharu.

Titik Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - 1.23575

WR2 - 1.23233

WR1 - 1.23029

Pivot Mingguan - 1.22891

WS1 - 1.22687

WS2 - 1.22549

WS3 - 1.22207

Tinjauan Dagangan:

Setakat ini tahap 1.2443 adalah rintangan yang terlalu kuat untuk ditembusi, jadi corak harga Double Top yang berpotensi masih dimainkan. Lebih-lebih lagi, tahap 1.2297 iaitu 50% tahap anjakan semula Fibonacci bagi gelombang besar terakhir ke bawah telah dicapai, jadi penurunan harga meneruskan trend menurun. Trend menurun telah disahkan dengan tahap penembusan 1.2089 (WMA 50), oleh yang demikian, potensi sasaran untuk penurunan kini dilihat pada tahap 1.1840 atau lebih rendah lagi.