Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD telah membuat ayunan tinggi baru pada tahap 1.2283 dan kemudian penurunan harga memulakan penarikan semula. Pada masa ini, penarikan semula dilakukan dengan tahap rendah pada tahap 1.2178 dan tepat sebelum pengumuman laporan CPI UK, kenaikan harga sedang cuba untuk meneruskan aliran menaik. Momentum adalah kukuh dan positif, oleh yang demikian, prospek dagangan bagi pasangan mata wang ini kekal menaik kerana keadaan pasaran tidak terlalu terlebih beli (overbought) pada carta 4 Jam. Sekiranya harga melanjutkan pertumbuhan harga, sasaran seterusnya untuk kenaikan harga masing-masing dilihat terletak pada tahap 1.2396 dan 1.2447 (ayunan tinggi).
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.22458
WR2 - 1.22140
WR1 - 1.21963
Pivot Mingguan - 1.21822
WS1 - 1.21645
WS2 - 1.21504
WS3 - 1.21186
Tinjauan Dagangan:
Setakat ini, tahap 1.2443 adalah merupakan rintangan yang terlalu kuat untuk ditembusi, jadi corak harga "Double Top" yang berpotensi masih aktif. Selain itu, tahap 1.2297 iaitu tahap anjakan Fibonacci 50% bagi gelombang besar penurunan terakhir telah dicapai, oleh yang demikian, penurunan harga cenderung meneruskan pergerakan. Arah aliran menurun telah disahkan dengan penembusan harga pada tahap1.2089 (50 WMA), kini sasaran yang berpotensi untuk penurunan harga dilihat berada pada tahap 1.1840 atau lebih rendah.