Analisis Teknikal ETH/USD untuk 21 Februari 2023

Berita Industri Kripto:

Menurut Cameron Winklevoss, pelabur Amerika dan pengasas bersama pertukaran mata wang kripto Gemini, ledakan mata wang kripto seterusnya akan bermula di Asia.

Komennya dibuat di tengah-tengah peningkatan tindakan penguatkuasaan dan tindakan keras yang akan datang daripada pengawal selia A.S., termasuk Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

"Tesis kerja saya adalah bahawa kenaikkan seterusnya akan bermula di Timur. Ia akan menjadi peringatan bahawa mata wang kripto adalah kelas aset global dan Barat, dan sememangnya Amerika Syarikat, sentiasa mempunyai dua pilihan: menerimanya atau ketinggalan," tulis Winklevoss di Twitter.

Menurut Chainalysis, Asia Tengah & Selatan dan Oceania (CSAO) ialah pasaran mata wang kripto ketiga terbesar dalam indeks 2022nya. Pendudukn di kawasan ini memegang mata wang kripto bernilai $932 bilion antara Julai 2021 dan Jun 2022.

CSAO juga menempatkan tujuh daripada 20 buah negara teratas dalam indeks 2022: Vietnam (1), Filipina (2), India (4), Pakistan (6), Thailand (8), Nepal (16) dan Indonesia (20) .

Dalam bebenang Twitternya, Winklevoss berkata bahawa kerajaan yang tidak menawarkan peraturan yang jelas dan panduan tepat mengenai mata wang kripto akan "tertinggal" dan terlepas "tempoh pertumbuhan terbesar sejak kemunculan internet komersial."

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasaran Ethereum telah membuat tahap tinggi tempatan pada $1,721 dan sedang menyatukan kenaikan baru-baru ini menghampiri tahap tinggi minggu lepas sekali lagi. Sokongan teknikal harian masing-masing dilihat terletak pada $1,617 (100 MA) dan $1,579 (50 MA). Hanya penembusan harga yang jelas dan berterusan di bawah tahap $1,487 akan mengubah prospek jangka pendek kepada trend menurun, jadi sila perhatikan sokongan teknikal $1,487. Sebarang penembusan harga pada tahap ini berkemungkinan besar akan melanjutkan penurunan harga ke arah $1,345, tetapi untuk melakukan ini, volatiliti pasaran mesti meningkat dengan ketara.

Titik Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - $1,774

WR2 - $1,726

WR1 - $1,709

Pivot Mingguan - $1,678

WS1 - $1,661

WS2 - $1,630

WS3 - $1,581

Tinjauan Dagangan:

Pasaran Ethereum telah dilihat membuat corak Lower High (LH) dan Lower Low (LL) setelah ayunan tinggi dibuat pada pertengahan Ogos 2022 pada tahap $2,029. Sokongan teknikal utama untuk kenaikan harga yang terletak pada $1,281 telah pun ditembusi dan ayunan rendah baharu telah ditubuhkan pada $1,074. Terdapat ujian harga yang jelas bagi 50 WMA yang terletak pada tahap $1,080, oleh yang demikian, sebarang penembusan harga di bawah purata bergerak (MA) dan penutupan graf lilin mingguan di bawah purata bergerak akan dianggap sebagai satu lagi petunjuk arah aliran menurun. Jika pergerakan menurun dilanjutkan, maka sasaran seterusnya untuk penurunan takan erletak pada tahap $1,000.