Analisis Teknikal EUR/USD untuk 3 Januari 2023

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang EUR/USD keluar dari zon penyatuan yang terletak di antara tahap 1.0669 - 1.0574 dan membuat tahap rendah tempatan baharu pada tahap 1.0534 (sewaktu penulisan analisis). Momentum adalah lemah dan negatif pada carta H4 dan keadaan pasaran sangat terlebih jualan (oversold). Tahap 1.0574 kini akan bertindak sebagai rintangan teknikal. Sokongan teknikal seterusnya dilihat pada thaap 1.0444. Sila ambil perhatian, pasaran telah melengkapkan struktur pembetulan kompleks ABC-X-ABC dan menjejaki semula 38% daripada gelombang penurunan terakhir, oleh yang demikian, pasaran bersedia untuk pembetulan yang lebih dalam ke arah tahap 1.0508 dan 1.0444.

Titik Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - 1.07581

WR2 - 1.07218

WR1 - 1.07020

Pivot Mingguan - 1.06855

WS1 - 1.06657

WS2 - 1.06492

WS3 - 1.06129

Tinjauan Dagangan:

Sejak awal Oktober 2022, pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah berada dalam kitaran pembetulan menaik, tetapi arah aliran utama jangka panjang kekal menurun. EUR telah membuat tahap rendah berbilang dekad baharu pada tahap 0.9538, oleh yang demikian, selagi USD dibeli di seluruh pasaran, maka arah aliran menurun akan berterusan ke arah tahap rendah baharu. Dalam jangka pertengahan, tahap anjakan Fibonacci utama terletak pada 1.0945 (Anjakan Fibonacci 50%) dan hanya jika tahap ini berjaya ditembusi dengan jelas, aliran menurun mungkin boleh dianggap telah ditamatkan.