Analisis teknikal dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD, GBP/USD untuk 1 April, 2022

EUR/USD

Aliran menaik pasti kekurangan momentum ketika menutup sesi bulanan. Namun begitu, bayangan menurun pada graf lilin Mac agak panjang, yang mungkin boleh mengubah keadaan pada bulan April. Hari ini adalah merupakan penghujung minggu, jadi hasilnya adalah penting. Pada masa ini, harga bergerak ke arah tahap harian 1.1040-65. Dalam perjalanan kenaikan harga, tahap 1.1095 (Fibo Kijun harian) dan 1.1144-51 (tahap mingguan) boleh berfungsi sebagai rintangan terdekat. Matlamat utama untuk penurunan harga sekarang adalah untuk menembusi garis aliran pembetulan semasa dan menetap di bawah titik ekstrem minimum terkini pada 1.0945.

Hasil daripada penurunan yang dalam pada carta masa yang lebih kecil, beberapa instrumen teknikal beralih kepada menyokong arah aliran menurun. Pada masa ini, harga sedang menguji tahap sokongan 1.1060 dalam arah aliran jangka panjang mingguan. Penyatuan harga di bawah tahap ini dan pembalikan Moving Average (MA) akan meningkatkan kecenderungan trend menurun. Sasaran menurun seterusnya pada carta urusniaga adalah sokongan yang terletak pada tahap Pivot 1.1022 – 1.0980 – 1.0898. Kenaikan akan berpeluang untuk mendapatkan semula momentum jika harga melantun daripada arah aliran jangka panjang mingguan (1.1060) dan kembali berdagang di atas tahap Pivot tengah 1.1104. Tahap 1.1146 - 1.1228 - 1.1270 akan bertindak sebagai sasaran menaik pada carta urusniaga harian.

***

GBP/USD

Sebut harga terus berlegar di bawah tahap pengumpulan yang diwakili oleh garis Fibo Kijun bulanan pada 1.3164. Namun begitu, pasangan mata wang ini telah menamatkan sesi dagangan bulan Mac di bawah tahap ini. Oleh yang demikian, penurunan harga masih cenderung untuk memulihkan aliran menurun (1.3000), dengan penurunan harga yang seterusnya ke arah tahap sokongan bulanan 1.2950 dan 1.2830. Sementara itu, pembeli perlu mengukuhkan kedudukan mereka pada tahap mingguan 1.3321. Tahap akhir yang dibentuk oleh corak Death Cross Ichimoku pada 1.3219 dan 1.3271 boleh bertindak sebagai rintangan pertengahan.

Pada carta masa yang lebih kecil, pasangan mata wang ini didagangkan berhampiran zon pengumpulan. Hari ini, tahap Pivot tengah dan arah aliran jangka panjang mingguan ditemui di kawasan 1.3130-39. Sasaran untuk hari ini ialah tahap Pivot klasik yang terletak pada 1.3103 - 1.3069 - 1.3033 (sokongan) dan pada 1.3173 - 1.3209 - 1.3243 (rintangan).

***

Analisis teknikal adalah berdasarkan kepaada:

Carta masa yang lebih besar – Ichimoku Kinko Hyo (9.26.52) + tahap Fibo Kijun

1 Jam - Tahap Pivot (klasik) + Moving Average 120 (trend jangka panjang mingguan)