Emas (XAU/USD) telah didagangkan pada tahap 1,793.44, di atas paras SMA 21, dan sekitar Murray +1/8, menunjukkan beberapa momentum kenaikan harga pada awal sesi Eropah. Pergerakan harga dijangka secara terus meningkat sehingga mencapai tahap psikologi 1,800. Pasangan XAU/USD mengekalkan keuntungan selepas mencecah tahap tinggi 1,795.
Berdasarkan kepada carta 4 jam, emas didagangkan pada anjakan semula Fibonacci 61.8% dari paras tinggi 1,810 ke paras rendah 1,765.
Sekiranya emas gagal mengukuh di atas tahap 1,795, penarikan semula teknikal dijangkakan dalam beberapa jam seterusnya, dan instrumen itu mungkin mencecah zon Fibonacci 38.2% sekitar tahap 1,783. Jika penurunan teknikal berterusan, harga mungkin melantun sekitar tahap 1,778, yang sepadan dengan SMA 21.
Pasangan XAU/USD mungkin terus meningkat, tetapi pergerakan harga perlu mencari tahap sokongan terlebih dahulu. Jika emas gagal menembusi melebihi tahap 1,795, pergerakan harga berkemungkinan akan turun ke bawah tahap 1,790, seterusnya meningkatkan penurunan harga ke zon harga 1,778 (SMA 21).
Zon ini adalah kunci serta kawasan penting untuk pemulihan emas, yang juga bertepatan dengan bahagian bawah saluran aliran menaik yang terbentuk sejak 22 November dan boleh memberikan momentum kenaikan harga.
Rintangan penting seterusnya terletak berhampiran kawasan 1,803 -1,812 (Murray +2/8). Sekiranya emas melebihi tahap ini dan mengukuh di atas 1,815 pada carta harian, pergerakan harga boleh meningkat lebih tinggi ke arah rintangan 1,845.
Sebaliknya, kawasan atau zon antara 1,778 -1,775 boleh mencetuskan kejatuhan pergerakan emas dan harga boleh mencapai tahap sokongan 1,765 dan sehingga Murray 8/8 pada tahap 1,750. Jika senario ini berjaya, emas mungkin melihat pembalikan arah aliran. Di samping itu, penembusan mendadak saluran aliran menaik juga akan menjadi peluang untuk menjual dalam jangka pendek dengan sasaran pada tahap psikologi 1,700.
Rancangan dagangan kami untuk beberapa jam akan datang adalah untuk menjual di bawah tahap 1,795 dengan sasaran pada 1,785 dan 1,778 (SMA 21). Sekiranya pasangan XAU/USD melantun melebihi SMA 21, senario menjadi isyarat jelas untuk membeli dengan sasaran pada tahap 1,800 dan 1,812. Indikator Eagle memberi isyarat positif. Justeru, secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa sebarang pembetulan teknikal akan dianggap sebagai peluang untuk membeli hanya jika berdagang di atas 1,775.