Pertumbuhan harga minyak terhenti berikutan kenaikan yang tidak dijangka dalam inventori AS

Brent dan WTI diniagakan lemah lewat minggu lalu selepas laporan menunjukkan terdapat peningkatan yang tidak dijangka dalam inventori minyak dan bahan api Amerika Syarikat (AS).

Harga secara relatifnya diniagakan lebih tinggi sebelum ini ekoran ketegangan yang tercetus di Eropah Timur dan Timur Tengah telah meningkatkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan. Reuters melaporkan bahawa diplomat gagal mencapai kejayaan semasa rundingan, oleh yang demikian, perbincangan tersebut akan diteruskan pada minggu ini.

Selain itu, syarikat tenaga di AS mengurangkan pelantar minyak buat kali pertama dalam tempoh 13 minggu selepas harga minyak jatuh selama enam minggu berturut-turut dari akhir Oktober hingga awal Disember.

Laporan daripada Baker Hughes berkata bilangan terkumpul pelantar minyak dan gas di AS telah meningkat, menaik sebanyak 60% berbanding tahun lepas.

Kemungkinan besar, Brent dan WTI akan mengalami tekanan sehingga pasaran menyerap peningkatan pengeluaran.

Konflik baru-baru ini di beberapa negara pengeluar juga mungkin menjejaskan harga minyak, terutamanya kerana AS bersedia untuk mengenakan sekatan termasuk memboikot produk tersebut.