Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 4 November 2022

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah menembusi di bawah sokongan teknikal yang terletak pada tahap 1.1410 (akan bertindak sebagai rintangan teknikal urusniaga harian) dan melanjutkan pergerakan menurun kembali ke wilayah corak Segitiga. Sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat terletak pada tahap 1.1062. Kenaikan harga perlu melanjutkan lantunan baru-baru ini ke arah lanjutan Fibonacci 61% bagi gelombang A yang dilihat pada tahap 1.1625 dan membuat penembusan harga ke arah tahap sasaran yang diunjurkan pada tahap 1.1717 (zon bekalan) atau lebih tinggi. Momentum telah mencecah keadaan yang sangat terlebih jualan (oversold) pada carta 4 Jam, oleh yang demikian, lantunan harga untuk menguji tahap 1.1410 dari bawah adalah diramalkan, tetapi tinjauan jangka pendek keseluruhan kekal menurun

Titik Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - 1.16573

WR2 - 1.16258

WR1 - 1.16072

Pivot Mingguan - 1.15943

WS1 - 1.15757

WS2 - 1.15628

WS3 - 1.15313

Tinjauan Dagangan:

Walaupun terdapat pembetulan ABC menaik baru-baru ini ke arah tahap 1.1625, penurunan masih mengekalkan Cable dan sasaran jangka panjang seterusnya bagi mereka ialah tahap keseimbangan. Tahap 1.0351 belum diuji sejak tahun 1985, jadi arah aliran menurun adalah kukuh, bagaimanapun, pasaran sudah oversold pada jangka masa yang lebih lama. Untuk menamatkan aliran menurun, kenaikkan perlu menembusi di atas tahap 1.2275 (ayunan tinggi dari 10 Ogos).