Pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 4 November 2022

Gambaran teknikal:

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan susut melalui tahap 0.9730 pada hari Khamis sebelum menemui bida semula. Euro melantun semula secara mendadak selepas itu dan berkemungkinan akan diniagakan hampir kepada tahap 0.9790 sewaktu penulisan artikel ini. Kebarangkalian yang tinggi kekal untuk pusingan kenaikkan harga daripada tahap semasa dan penolakan harga melalui tahap tinggi 1.0200 dalam beberapa sesi dagangan seterusnya.

Pasangan mata wang EUR/USD masih kekal diniagakan di atas sokongan kritikalnya pada tahap 0.9700, diikuti oleh tahap 0.9635 dan 0.9535, masing-masing. Struktur jangka terdekat terus kekal menaik sehingga sokongan 0.9635 kekal. Kenaikan harga kelihatan bersedia untuk kembali mengawal dari tahap semasa apabila ia memperlihatkan corak graf lilin Engulfing Bullish yang berpotensi pada carta harian.

Pasangan mata wang EUR/USD juga dilihat cenderung untuk melantun dari anjakan semula Fibonacci 0.786 dari peningkatan baru-baru ini, masing-masing antara tahap 0.9635 dan 1.0093. Pusingan kenaikan harga dari sini berpotensi untuk menolak harga melalui tahap 1.0200, yang merupakan rintangan segera, sekurang-kurangnya. Hanya penembusan harga yang berterusan di bawah tahap 0.9635 akan membatalkan struktur di atas dan membawa pasangan mata wang kembali diniagakan menurun.

Pelan dagangan:

Potensi rali ke arah tahap 1.0200 berbanding 0.9600

Semoga berjaya!