Pasangan mata wang EUR/USD ini melemah selepas mencapai 1.0093. Ia telah gagal untuk mencapai tahap psikologi 1.0100 sekaligus menandakan pembeli telah keletihan. Ia didagangkan pada tahap 0.9972 sewaktu penulisan artikel, di bawah pariti. Seperti yang anda sedia maklum, laporan fundamental mempunyai kesan semalam.
Seperti yang dijangkakan, ECB meningkatkan Kadar Pembiayaan Semula Utama kepada 2.00% dan mengumumkan kenaikan kadar selanjutnya. Sebaliknya, KDNK Pendahuluan AS masuk lebih baik daripada yang dijangkakan manakala Tuntutan Pengangguran, Pesanan Barangan Tahan Lama, Pesanan Barangan Tahan Lama Teras dan Indeks Harga KDNK Awal merekodkan bacaan yang lebih teruk daripada yang dijangkakan.
Hari ini, AS akan mengeluarkan data ekonomi penting juga. Indeks Harga PCE Teras boleh melaporkan pertumbuhan 0.5%, Sentimen Pengguna UoM yang Disemak Semula boleh turun daripada 59.8 mata kepada 59.7 mata, Penjualan Rumah Belum Siap boleh melaporkan pada -4.4%, manakala indikator Pendapatan Peribadi dan Perbelanjaan Peribadi mungkin mencatatkan 0.4%.
Pasangan Mata Wang EUR/USD Di Wilayah Penjual!Pasangan mata wang EUR/USD gagal untuk kekal berada di atas tahap psikologi 1.0000 dan penembusan harga pada garis aliran menaik menandakan bahawa ayunan lebih tinggi telah berakhir dan penjual boleh mendahului. Kini, ia terperangkap di antara tahap 1.0000 dan 0.9957.
Secara peribadi, saya telah menyatakan garis aliran menurun kecil sebagai rintangan dinamik. Selagi ia kekal di bawah taha[ ini, kadar itu boleh menghampiri dan mencapai tahap endah baharu.
Pasangan Mata Wang EUR/USDPenurunan dan penutupan di bawah tahap 0.9957 boleh mengaktifkan lebih banyak penurunan dan membawa peluang untuk kemasukan pesanan menjual baharu. Garis aliran menurun kekal berperanan sebagai halangan dan sasaran penurunan utama.