Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 27 Oktober 2022

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah keluar daripada corak harga segi tiga ABCDE, menembusi di atas gelombang tinggi A yang terletak pada tahap 1.1496 dan mencapai sasaran yang diunjurkan pada 1.1625 (Lanjutan Fibonacci 61% pada gelombang A). Tahap tinggi tempatan juga dibuat pada tahap 1.1644 sebelum graflilin Pin Bar memaksa kenaikan harga untuk berundur ke arah sokongan teknikal. Pasaran bersedia untuk melanjutkan penembusan harga ke arah tahap sasaran yang diunjurkan terletak pada 1.1717 (zon bekalan) atau lebih tinggi. Sokongan teknikal urusniaga harian dilihat pada tahap 1.1496 dan 1.1544. Momentum adalah kuat dan positif, yang menyokong prospek kenaikan harga jangka pendek untuk GBP. Hanya penembusan harga secara tiba-tiba dan kuat di bawah Moving Average (MA) 30 akan mengubah prospek yang akan berlaku kepada menurun.

Tahap Pivot Mingguan:

WR3 - 1.15209

WR2 - 1.14338

WR1 - 1.13938

Pivot Mingguan - 1.13467

WS1 - 1.13067

WS2 - 1.12596

WS3 - 1.11725

Tinjauan Dagangan:

Pergerakan penurunan harga masih bertanggungjawab ke atas pound dan sasaran jangka panjang seterusnya bagi mata wang ini ialah tahap keseimbangan. Tahap 1.0351 belum diuji sejak tahun 1985, oleh itu arah aliran menurun adalah kukuh, bagaimanapun, pasaran telah 'oversold' pada carta masa yang lebih besar. Untuk menamatkan aliran menurun, kenaikkan harga perlu melakukan penembusan di atas tahap 1.2275 (ayunan tinggi dari 10 Ogos).