Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD telah keluar daripada corak harga segi tiga dan menguji tahap tinggi gelombang A yang terletak pada tahap 1.1496. Pasaran bersedia untuk melanjutkan penembusan harga ke arah tahap sasaran unjuran yang terletak pada 1.1625 atau lebih tinggi (unjuran Fibonacci 61% gelombang A). Sokongan teknikal urusniaga harian masing-masing dilihat terletak pada tahap 1.1410 dan 1.1439. Momentum pasran adalah kuat dan positif, yang menyokong prospek kenaikan harga jangka pendek untuk GBP. Hanya penembusan harga secara tiba-tiba dan kuat di bawah Moving Average (MA) 30 akan mengubah prospek yang akan berlaku kepada penurunan harga.
Tahap Pivot Mingguan:
WR3 - 1.15209
WR2 - 1.14338
WR1 - 1.13938
Pivot Mingguan - 1.13467
WS1 - 1.13067
WS2 - 1.12596
WS3 - 1.11725
Tinjauan Dagangan:
Pergerakan penurunan harga masih bertanggungjawab ke atas pound dan sasaran jangka panjang seterusnya bagi mata wang ini ialah tahap keseimbangan. Tahap 1.0351 belum diuji sejak tahun 1985, oleh itu arah aliran menurun adalah kukuh, bagaimanapun, pasaran telah 'oversold' pada carta masa yang lebih besar. Untuk menamatkan aliran menurun, kenaikkan harga perlu melakukan penembusan di atas tahap 1.2275 (ayunan tinggi dari 10 Ogos).