Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 21 Oktober 2022

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD dlihat telah bergerak dari tahap 1.1410 dan kini mengukuh di sekitar sokongan teknikal yang terletak pada tahap 1.1224 (sokongan teknikal urusniaga). Lantunan terakhir telah ditamatkan dengan corak graf lilin Doji pada carta 4 Jam, walau bagaimanapun, kenaikan harga kelihatan masih berusaha untuk bergerak lebih tinggi. Sila ambil perhatian bahawa masih terdapat gelombang C yang menunggu untuk berkembang ke tahap yang lebih tinggi kerana kitaran pembetulan ABC masih belum selesai, namun mana-mana penembusan harga di bawah tahap 1.0923 akan membatalkan senario kitaran pembetulan ABC. Momentum kini negatif, jadi sila lihat tahap sokongan teknikal untuk sebarang isyarat penurunan harga, kerana kesinambungan pergerakan menurun mungkin akan mencapai sokongan teknikal seterusnya yang terletak pada tahap 1.1037.

Tahap Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - 1.14475

WR2 - 1.13577

WR1 - 1.13206

Pivot Mingguan - 1.12679

WS1 - 1.12308

WS2 - 1.11781

WS3 - 1.10883

Tinjauan Dagangan:

Aliran menurun masih mendominasi mata wang GBP dan sasaran jangka panjang seterusnya untuk mata wang ini ialah tahap pariti. Tahap 1.0351 masih belum diuji sejak tahun 1985, oleh yang demikian, arah aliran menurun adalah kukuh, bagaimanapun, pasaran sudah terlebih jualan (oversold) pada carta masa yang lebih besar. Untuk menamatkan aliran menurun, kenaikkan harga perlu menembusi di atas tahap 1.2275 (ayunan tinggi dari 10 Ogos).