Analisis teknikal EUR/USD untuk 18 Oktober 2022

Gambaran Keseluruhan :

Aliran kenaikan harga pada masa ini sangat kuat untuk pasangan EUR/USD. Selagi harga kekal di atas sokongan pada 0.9815, anda boleh cuba untuk mengambil kesempatan dari kenaikan harga dalam jangka pendek. Objektif kenaikan harga pertama terletak pada tahap 0.9859. Momentum kenaikan harga akan dicetuskan semula dengan penembusan rintangan ini. Selama dua minggu, pasangan mata wang EUR/USD meningkat dalam saluran menaik, untuk itu Euro mencapai tahap tinggi baharu 0.9859 dan 0.9876.

Harga pasangan EUR/USD mempunyai penembusan yang ketara di atas harga 0.9823. Pasangan mata wang EUR/USD adalah sebahagian daripada aliran kenaikkan yang sangat kuat. Pedagang boleh mempertimbangkan untuk berdagang hanya pada kedudukan panjang selagi harga kekal di atas tahap 0.9823.

Pada masa ini, harga berada dalam saluran menaik. Ini disahkan oleh indikator RSI yang memberi isyarat bahawa kami masih dalam pasaran aliran menaik. Memandangkan harga masih di atas purata pergerakan (100), sokongan serta-merta dilihat pada 0.9784, yang bertepatan dengan nisbah emas (61.8% dari Fibonacci).

Akibatnya, sokongan pertama ditetapkan pada tahap 0.9784. Oleh demikian, pasaran berkemungkinan menunjukkan tanda-tanda arah aliran menaik di sekitar titik 0.9784 dan 0.9823.

Rintangan seterusnya terletak pada 0.9876 (harga ini bertepatan dengan nisbah 61.8% tahap anjakan semula Fibonacci) adalah sasaran kenaikan harga seterusnya yang perlu dicapai. Penembusan kenaikan harga dalam rintangan ini akan meningkatkan momentum kenaikan harga. Pergerakan kenaikkan kemudiannya boleh diteruskan ke arah rintangan seterusnya yang terletak pada 0.9919.

Penutupan di atas titik pivot (PP) (0.9784) mungkin memastikan bahawa pasangan EUR/USD akan meningkat ke tahap tertinggi baharu. Untuk memulakan semula aliran menaik, kenaikan harga mesti melepasi 0.9815.

Pembeli kemudiannya akan menggunakan rintangan seterusnya yang terletak pada 0.9876 sebagai objektif (harga ini bertepatan dengan nisbah 100% tahap anjakan semula Fibonacci - puncak berganda - gelombang kenaikan harga terakhir pada carta setiap jam).

Arah aliran menaik tetapi melonjak lebih tinggi akan menjadi ketat, sasaran seterusnya 0.9919. Melintasinya kemudian akan membolehkan pembeli menyasarkan 0.9919. Berhati-hati, memandangkan peningkatan kenaikkan yang kuat sedang dijalankan, lebihan boleh membawa kepada lantunan jangka pendek.

Pesanan belian disaranakn di atas nisbah emas (Golden Ratio) (0.9784) dengan sasaran pertama pada tahap 0.9859. Tambahan pula, sekiranya aliran mampu menembusi tahap rintangan pertama 0.9859. Kita seharusnya melihat pasangan itu melonjak ke arah puncak berganda (0.9876) untuk mengujinya. Pasangan mata wang ini akan bergerak ke atas meneruskan perkembangan arah aliran menaik ke tahap 0.9919. Mungkin diambil perhatian bahawa tahap 0.9919 adalah tempat yang baik untuk mengambil untung (TP) kerana ia akan membentuk puncak berganda baharu dalam beberapa jam akan datang.