Analisis teknikal pasangan mata wang GBP/USD untuk 18 Oktober 2022

Gambaran Keseluruhan :

Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan dagangan menaik dari tahap 1.1208. Minggu ini, pasangan mata wang ini telah meningkat daripada tahap 1.1208 (sokongan mingguan) menuju ke bahagian atas sekitar tahap 1.1305. Hari ini, tahap sokongan pertama dilihat terletak pada 1.1208, dan diikuti oleh 1.1141, manakala rintangan harian berada pada tahap 1.1368. Indikator teknikal (Moving Average 50 dan 100, RSI (14), arah aliran, tahap anjakan Fibonacci) mengesahkan prospek kenaikan harga analisis ini dalam jangka masa yang singkat.

Walau bagaimanapun, para pedagang dinasihatkan untuk berhati-hati dengan pergerakan kenaikan harga yang berlebihan. Adalah wajar untuk terus memerhati sebarang pergerakan kenaikkan harga atau pengesanan pengimbas yang berlebihan yang mungkin membawa kepada pembetulan penurunan harga kecil. Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan lebih tinggi dan menutup dagangan harian dalam wilayah positif berhampiran tahap harga 1.1300. Hari ini ia didagangkan dalam julat sempit 1.1208 - 1.1368, kekal hampir dengan harga penutupan semalam. Pasangan mata wang GBP/USD menghadapi sokongan kuat pada tahap 1.1208 kerana rintangan kini telah bertukar menjadi sokongan.

Sokongan yang kuat telah pun dihadapi pada tahap 1.1208 dan pasangan mata wang ini cenderung untuk cuba mendekatinya untuk mengujinya semula. Tahap 1.1208 mewakili titik pangsi mingguan kerana ia bertindak sebagai sokongan kecil minggu ini. Berdasarkan kepada carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD ini telah menembusi dan mengukuh di atas garis purata pergerakan MA (100) H1 (1.1208).

Keadaannya adalah sama pada carta empat jam. Berdasarkan perkara di atas, ia mungkin adalah menguntungkan untuk kekal pada aliran menaik dalam dagangan, dan sementara pasangan mata wang GBP/USD kekal berdagang di atas MA 100 pada carta 1 Jam, adalah mungkin untuk mencari titik kemasukan pesanan membeli bagi pembentukan pembetulan. Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang GBP/USD masih bergerak antara tahap 1.1276 dan 1.1368; untuk itu kami menjangkakan julat +92 pip dalam beberapa jam yang akan datang.

Ini akan mencadangkan pasaran menaik sebagaimana indikator RSI masih dalam kawasan positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda pembalikan arah aliran. Tambahan pula, jika arah aliran berhasil menembusi tahap rintangan pertama 1.1368, kita sepatutnya melihat pasangan mata wang ini melonjak naik ke arah 'Double Top' (1.1415) untuk mengujinya. Objektif baharu pada dilihat terletak pada 1.1494.

Selagi harga kekal di atas sokongan pada 1.1208, anda boleh cuba mengambil kesempatan daripada kenaikan harga. Objektif kenaikan harga pertama terletak pada tahap 1.1368. Momentum kenaikan harga akan dihidupkan semula oleh penembusan harga pada tahap rintangan ini. Pembeli kemudiannya akan menggunakan rintangan seterusnya yang terletak pada 1.1494 sebagai objektif.

Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 1.1208, maka senario ini mungkin menjadi tidak sah. Para pedagang disarankan untuk meletakkan pesanan stop loss; ia harus ditetapkan di bawah sokongan kedua pada tahap 1.1141. Kesimpulan : Aliran kenaikan harga pada masa ini adalah sangat kuat untuk pasangan mata wang GBP/USD.