Jual beli di pasaran saham pada 4 Oktober

Membeli saham International Business Machines Corporation (#IBM), pengeluar komponen komputer terbesar.

Menurut carta mingguan, harga ditarik semula dari garis sokongan indikator Kruzenshtern, sekaligus membentuk gelombang dorongan menaik yang baru.


Marlin Oscillator menghampiri garis sifar, sempadan dengan wilayah pertumbuhan. Harga berkemungkinan besar akan naik ke tahap tinggi yang direkodkan pada bulan Jun 2021 dan Julai 2019, yang hampir selari dengan tahap Fibonacci 138.2%. Sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap ini, ia cenderung untuk meningkat ke tahap 164.89, iaitu tahap tinggi bulan Ogos 2016, terletak tepat di atas tahap Fibonacci 161.8%.


Menurut carta harian, harga mengukuh di atas garis imbangan, garis indikator Kruzenshtern, dan tahap Fibonacci 110.0%. Oleh itu, ia cenderung untuk meneruskan pertumbuhan ke tahap lebih tingg.

Penjualan saham Gilead Sciences (#GILD), sebuah syarikat bioteknologi AS.

Berdasarkan kepada carta mingguan, harga telah menembusi keluar dari corak berbentuk baji menuurn, dan Marlin Oscillator melintasi sempadan dengan wilayah aliran menurun. Oleh itu, harga berkemungkinan besar akan meneruskan jangkaan penurunan harga menuju ke arah tahap sasaran 60.26-84 yang dihadkan oleh tahap rendah September 2019 dan Disember 2018.


Menurut carta harian, harga telah ditetapkan di bawah garis indikator. Marlin Oscillator kini dilihat bergerak lebih rendah menuju ke wilayan penurunan harga.