Analisis tawaran dagangan Jumaat:
Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 30 minit
Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan dagangan dalam arah aliran menurun pada Jumaat, yang dibuktikan dengan jelas oleh garis menurun. Walaupun begitu, jika kita melihat arah dan sifat pergerakan harga, kita dapat membuat kesimpulan seperti berikut. Pertama, turun naik pasaran terlalu rendah, hanya sekitar 40 mata. Dan kami telah berkali-kali mengatakan bahawa dengan turun naik seperti itu, pada asasnya aktviti dagangan adalah sangat sukar. Kedua, pasangan mata wang EUR/USD mula membuat pembetulan, tetapi pembetulan ini begitu lemah sehingga ia sangat sukar untuk dianggap sebagai "pembetulan". Walaupun terdapat banyak laporanstatistik makroekonomi yang telah dikeluarkan di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lepas. Sebagai contoh, di Kesatuan Eropah terdapat laporan mengenai inflasi (tanda semak kedua dalam carta di bawah), dan di AS - laporan ISM mengenai aktiviti perniagaan (tanda semak keempat). Tetapi, seperti yang dapat kita lihat, tidak ada pergerakan harga serius telah dimulakan setelah semua laporan ekonomi ini dikeluarkan. Satu-satunya pengecualian adalah laporan ISM, harga jatuh sebanyak 17 mata dalam 5 minit selepas laporan ekonomi dikeluarkan, yang sudah menjadi pencapaian bagi pasangan mata wang EUR/USD pada 1 Oktober. Dengan pergerakan harga seperti itu, bahkan indikator MACD gagal untuk membentuk satu isyarat semasa sesi dagangan Jumaat lalu. Pada tengah hari, terdapat percubaan untuk membuat penarikan semula harga berhampiran tahap sifar, tetapi pembalikan harga tidak berlaku. Dengan turun naik seperti itu, maka adalah lebih baik untuk pedagang baru mengabaikan isyarat indikator MACD sekali lagi.
Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 minit
Gambaran teknikal pada carta 5 minit sungguh membosankan pada Jumaat lalu. Kami telah membincangkan laporan makroekonomi di atas, di sini kami akan menganalisis isyarat dagangan. Pada prinsipnya, tidak banyak yang berperoleh dari isyarat, hanya dua. Dan kedua-duanya tidak membawa keuntungan kepada pedagang baru. Sebaliknya, dengan pergerakan seperti itu, ketiadaan kerugian hampir memberikan keuntungan. Pergerakan utama pada Jumaat lalu berlaku beberapa jam sebelum pembukaan sesi dagangan AS, tetapi harga tidak menunjukkan sebarang isyarat di hadapannya. Terdapat dua lonjakan dari tahap 1.1603, kedua-duanya tidak tepat dan ini adalah dua isyarat untuk penjualan. Secara teorinya, beberapa titik keuntungan dapat diambil setelah isyarat pertama, tetapi dalam praktiknya pasangan mata wang ini tidak dapat turun lebih dari 20 mata. Ini bermaksud pesanan menjual seharusnya ditutup secara manual sama ada disekitar tahap 1.1603 yang sama, atau menggunakan pesanan Stop Loss pada titik pulang modal, kerana pasangan mata wang EUR/USD ini juga tidak boleh melebihi tahap 1.1603.
Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada Isnin:
Pasangan mata wang EUR/USD telah membentuk tren penurunan baru pada carta 30 minit dan melanjutkan pergerakan. Tidak seperti pound, euro dengan segera kembali ke corak pergerakan yang biasa dan turun naik yang biasa. Oleh itu, dalam masa terdekat, kami sekali lagi menasihati para pedagang agar tidak menggunakan indikator MACD sebagai sumber isyarat dagangan. Dan dijadualkan hanya akan ada beberapa laporan statistik makroekonomi pada minggu hadapan, oleh itu, kemungkinan turun naik pasaran akan kekal rendah. Tahap utama dalam carta 5 minit untuk 4 Oktober terletak pada tahap 1.1496, 1.1571, 1.1603, 1.1666. Take Profit, seperti sebelumnya, ditetapkan pada jarak 30-40 mata. Stop Loss - ke titik pulang modal apabila harga bergerak ke arah yang betul sebanyak 15 mata. Pada carta 5 minit, sasaran mungkin terletak di sekitar tahap berhampiran jika tidak terlalu dekat atau terlalu jauh. Sekiranya sedemikian, maka anda harus bertindak mengikut keadaan atau berdagang mengikut Take Profit. Pada hari Isnin, AS dan Kesatuan Eropah tidak akan menerbitkan sebarang laporan makroekonomi dan tidak ada peristiwa fundamental yang diramalkan. Oleh itu, kami tidak menjangkakan pergerakan harga yang ketara di sebelah siang.
Apa yang terdapat pada carta:
Tahap sokongan dan rintangan adalah tahap yang berfungsi sebagai sasaran ketika anda membuka pesanan membeli atau menjual pasangan mata wang. Anda boleh menetapkan pesanan Take Profit hampir ke tahap ini.
Garis merah adalah saluran atau garis arah yang menunjukkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana yang lebih menguntungkan untuk berdagang buat masasekarang.
Indikator MACD terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila ia dicapai, ini adalah isyarat untuk pedagang memasuki pasaran. Sebaiknya gunakan indikator ini dalam kombinasi dengan garis aliran (saluran dan garis aliran).
Ucapan dan laporan penting (selalu terkandung dalam kalendar berita) cenderung untuk mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, sewaktu laporan penting dikeluarkan, para pedagang disarankan untuk melakukan dagangan dengan berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk menghindari pembalikan harga yang ketara terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru dalam pasaran Forex harus ingat bahawa tidak semua dagangan memberikan keuntungan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kepada kejayaan perdagangan dalam jangka masa panjang.