Gambaran keseluruhan pasangan mata wang EUR/USD pada 3 September.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 4 Jam

Maklumat teknikal:

Saluran regresi linear lebih tinggi: arah aliran - menurun.

Saluran regresi linear lebih rendah: arah aliran - menaik.

Moving Averages (MA)(20) - menaik.

CCI: 151.6323

Pasangan mata wang EUR/USD kembali diniagakan tenang. Lebih baik mengatakan "dalam mod biasa untuk diri sendiri". Oleh kerana beberapa hari yang lalu, dagangan cukup aktif dengan standard semasa, tidak menghairankan bahawa pada suatu hari ketika kalendar peristiwa makroekonomi benar-benar kosong, pasaran kembali mengambil langkah tunggu dan lihat. Dan ada sesuatu yang perlu ditunggu buat masa ini. Laporan Gaji Bukan Perladangan yang akan dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS) pada hari ini, yang akan menunjukkan berapa banyak pekerjaan baru ditawarkan di luar sektor perladangan pada bulan Ogos. Diingatkan bahawa pada masa ini, laporan Gaji Bukan Perladangan adalah yang paling penting untuk pasaran dan Rizab Persekutuan (Fed). Oleh itu, para pedagang telah menantikan laporan ini sejak awal minggu. Melihat kembali bahawa pasangan mata wang euro/dolar AS telah menghabiskan tiga dari setiap lima hari dagangan aliran mendatar pada baru-baru ini. Oleh kerana itu dagangan Khamis menjadi hari yang sangat membosankan. Dari segi teknikal, harga pada pasangan mata wang ini kekal di atas garis Moving Average (MA), dan saluran regresi linear yang lebih rendah perlahan-lahan beralih ke arah atas. Oleh itu, sekarang kita dapat bercakap dengan lebih yakin mengenai permulaan tren menaik yang baru. Secara umumnya, gambaran fundamental dan teknikal sama sekali tidak berubah semalam. Kami masih mengharapkan kenaikan harga sistematik mata wang Eropah, yang berdasarkan kepada suntikan monetari Fed ke dalam ekonomi Amerika. Kami juga ingin mengingatkan bahawa semua faktor teknikal pada seluruh carta masa sekarang menyokong kesinambungan kenaikan harga.

Ia berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan bahkan beberapa bulan, pasaran sering membincangkan program monetari dan rangsangan kuantitatif Fed. Walau bagaimanapun, semua orang telah melupakan ECB. Pada prinsipnya, pengawal selia Eropah sendiri yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Seperti wakilnya yang lain, Christine Lagarde tidak memberikan sebarang isyarat bahawa dasar monetari mungkin diperketatkan dalam masa terdekat (atau sekurang-kurangnya tidak dalam masa terdekat). Sebaliknya, Lagarde telah berulang kali menyatakan bahawa ekonomi Eropah kini berada dalam keadaan tenat dengan ketiadaan kedua-dua 'kaki' (rangsangan monetari dan fiskal). Oleh itu, tidak ada sesiapa yang memperkenalkan perbincangan mengenai kemungkinan berakhirnya insentif di Kesatuan Eropah pada baru-baru ini. Diingatkan bahawa program PEPP bernilai $1.85 trilion dirancang akan beroperasi sehingga akhir Mac 2022. Ekonomi Eropah telah pulih baru-baru ini.

Mari kita lihat angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari Kesatuan Eropah. Selepas merekodkan penurunan 11.5% pada suku kedua tahun lalu, suku ketiga diikuti dengan kenaikan +12.4%, kemudian dua suku "negatif" -0.6% dan -0.3%, dan hanya pada suku kedua tahun ini peningkatan sebanyak 2% dicatatkan. Oleh itu, ekonomi Eropah semakin kerap melaporkan penurunan berbanding kenaikan sejak setengah tahun yang lalu. Oleh itu, tidak jelas apakah pembincangan mengenai kemungkinan pengurangan program PEPP di Kesatuan Eropah yang muncul beberapa hari yang lalu. Pengerusi membuat pernyataan mengenai perlunya mengurangkan program QE bank pusat Perancis, Austria, dan Belanda. Negara-negara tersebut berdepan dengan masalah kewangan yang sedikit relatif, dan semasa pandemik, negara-negar aini menderita lebih sedikit daripada "selatan". Walau bagaimanapun, Kesatuan Eropah bukan hanya melibatkan tiga buah negara. Ini meliputi 27 buah negara. Oleh itu, adalah tidak mungkin ECB akan mengikuti langkah tiga negara daripada 27 buah negara yang lain. Bahkan tidak untuk Jerman, yang dianggap sebagai lokomotif seluruh ekonomi Eropah.

Selain itu, peserta pasaran perlu memberi tumpuan kepada isu ini secara eksklusif terhadap Christine Lagarde. Dan presiden ECB tidak mengeluarkan kenyataan selama beberapa minggu dan sama sekali tidak memberikan komen. Oleh itu, sebelum kita menjangkakan pengetatan dasar monetari di Kesatuan Eropah, sekurang-kurangnya kita harus mengetahui pendapat Lagarde mengenai isu ini. Sekurang-kurangnya Lagarde mungkin akan menyatakan isyarat kemungkinan permulaan penghentian awal program PEPP, tidak ada gunanya membicarakannya. Ekonomi Amerika lebih bersedia untuk diperketatkan. Namun, Jerome Powell meragui perlaksanaan langkah ini pada tahun 2021 dan tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat keputusan yang begitu penting. Terutamanya dalam waktu sekarang, ketika jumlah kes positif "coronavirus" dan penularan varian baru telah meningkat di Amerika Syarikat selama beberapa minggu berturut-turut, dan juga ketika menjelang musim sejuk, yang sering kali dikaitkan dengan peningkatan kes baru di kalangan penduduk kebanyakan negara di dunia.

Volatiliti pasangan mata wang euro/dolar AS pada 3 September adalah 49 mata dan dicirikan sebagai "rendah." Oleh itu, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini cenderung bergerak antara tahap 1.1819 dan 1.1917 pada hari ini. Pembalikan menurun indikator Heiken Ashi akan menandakan pusingan baru pergerakan pembetulan harga.

Tahap sokongan paling hampir:

S1 - 1.1841

S2 - 1.1810

S3 - 1.1780

Tahap rintangan paling hampir:

R1 - 1.1871

R2 - 1.1902

R3 - 1.1932

Cadangan dagangan:

Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan pergerakan menaik yang lemah. Oleh itu, hari ini, anda harus kekal dalam pesanan membeli dengan menetapkan sasaran masing-masing pada tahap 1.1902 dan 1.1917 sehingga indikator Heiken Ashi menurun. Pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD hanya akan dapat dilakukan sekiranya harga tetap berada di bawah garis Moving Average (MA) dengan sasaran terletak pada tahap 1.1780 dan 1.1749, dan pesanan ini harus kekal terbuka sehingga indikator Heiken Ashi beralih kepada menaik.