Analisis gelombang pasangan mata wang EUR/USD untuk 2 September. Peserta pasaran menanti laporan Gaji Bukan Perladangan AS

Perkiraan gelombang untuk pasangan mata wang EUR/USD pada carta 4 Jam kekal tidak berubah. Instrumen tersebut masih melepasi tidak lebih dari 50 mata sehari dan bergerak hanya dalam satu arah. Selama sepuluh hari terakhir, ia telah meningkat sekitar 200 mata asas, yang memberikan alasan yang sangat baik untuk menganggap penyelesaian pembinaan bahagian tren menurun. Perkiraan gelombang dalamannya kelihatan cukup meyakinkan. Perkiraan gelombang pada gelombang e yang dicadangkan juga kelihatan sangat meyakinkan. Oleh itu, pada pendapat saya, pembentukan bahagian aliran menaik yang baru telah dimulakan, yang mungkin juga menjadi pembetulan. Sejauh ini, kita bercakap mengenai pembentukan bahagian tiga gelombang dalam tren. Sekiranya andaian ini betul, maka gelombang pertama mungkin menjadi sangat panjang. Dan sasaran akhir akan berada pada tahap maksimum bahagian tren kenaikan sebelumnya, iaitu sekitar tahap 1.2266. Saya belum mempertimbangkan pilihan dengan siri gelombang penurunan.

Latar belakang berita untuk pasangan mata wang euro/dolar AS sangat lemah pada Khamis. Laporan mengenai indeks harga pengeluar di zon Eropah telah dikeluarkan, bacaan merekodkan kenaikan sebanyak 2.3% bulan ke bulan pada akhir Julai. Di Amerika, laporan mengenai jumlah permohonan baru untuk faedah pengangguran telah dikeluarkan, yang mencatatkan bacaan sebanyak 340,000, sementara jumlah permohonan berulang berjumlah 2.75 juta. Pasaran bergantung pada nilai yang lebih tinggi, tetapi dolar AS tidak mengalami kesan positif setelah data ini. Juga, laporan mengenai defisit dagangan AS untuk bulan Julai telah dikeluarkan, yang merekodkan bacaan sebanyak $70.1 juta (sedikit lebih baik daripada yang dijangkakan, tetapi masih merupakan defisit besar), dan perubahan pada tahap kos buruh (+1.3%).

Secara umumnya, semua laporan pada hari semalam adalah sangat lemah sehingga mempengaruhi mod pasaran. Oleh itu, amplitud instrumen pada siang hari bersamaan dengan 20 mata dan mencerminkan perhatian pasaran yang diberikan terhadap semua laporan di atas. Sekiranya sedemikian, maka tidak ada yang perlu dilakukan selain menunggu pengumuman laporan gaji bukan perladangan, yang dijadualkan akan dikeluarkan pada Jumaat. Dan juga, pengumuman data PMI zon eropah, yang merupakan laporan cukup penting. Di samping itu, kadar pengangguran di Amerika, yang menjanjikan penruunan kepada 5.2%, dan perubahan dalam purata gaji satu jam. Oleh itu, aktiviti pasaran diramalkan akan menjadi lebih aktif pada esok berbanding hari ini.

Berdasarkan kepada analisis, saya menyimpulkan bahawa pembentukan bahagian bawah mungkin berakhir sekitar tahap 1.1704, yang bersamaan dengan Fibonacci 100.0%. Oleh yang demikian, saya kini masih menunggu pembentukan set gelombang menaik. Tidak ada tanda-tanda untuk meneruskan dan menyukarkan pembentukan bahagian tren menurun sekarang, oleh yang demikian, saya cadangkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli pasangan mat wang EUR/USD dengan menetapkan sasaran sekitar tahap 1.1917, yang selari dengan Fibonacci 61.8%, untuk setiap isyarat MACD "menaik".

Perkiraan gelombang pada carta masa yang lebih besar kelihatan cukup meyakinkan. Kami melihat tiga bahagian pada gelombang tiga tren, yang ukurannya hampir sama. Walau bagaimanapun, bahagian terakhir tren secara tidak dijangka mengambil bentuk yang lebih kompleks, tetapi ia masih berakhir di lokasi yang sama dengan bahagian gelombang tiga sebelumnya.