Analisis dan isyarat dagangan untuk pedagang baru. Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada 25 Ogos. Analisis tawaran dagangan Selasa. Bersedia untuk dagangan Rabu

Analisis tawaran dagangan terdahulu:

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 30 Minit

Pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat telah meneruskan dagangan dengan amat perlahan pada Selasa. Sekiranya pada Isnin, ia berjaya melepasi kira-kira 55 mata dari tahap rendah ke tahap tinggi, maka hari ini ia akan diniagakan tidak lebih dari 40 mata. Oleh itu, kami sekali lagi terpaksa memperhatikan indikator turun naik dan membicarakan fakta bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini terus kekal rendah. Adalah diingatkan bahawa turun naik normal bagi pasangan mata wang euro/dolar AS adalah 60-80 mata sehari. Kini secara puratanya, pasangan mata wang ini telah melepasi sebanyak 40-45 mata dalam sehari. Oleh itu, adalah masih mungkin untuk berdagang dengannya tetapi sangat sukar: mungkin terdapat beberapa isyarat yang terbentuk dan kebanyakan daripada isyarat itu adalah palsu, atau tidak ada amnya. Pada Selasa, berdasarkan kepada carta 30 minit secara rasmi, satu isyarat telah dibentuk untuk kemasukan pesanan membeli pada indikator MACD. Dan pedagang baru dapat mengatasinya. Walau bagaimanapun, lebih awal isyarat untuk kemasukan pesanan membeli juga telah terbentuk pada carta 5 minit, oleh yang demikian, pesanan membeli harus dibuka terlebih dahulu pada carta masa yang lebih kecil, dan anda seharusnya tidak menduplikasinya pada yang carta lebih besar. Perlu diketahui juga bahawa tidak ada laporan di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada hari ini.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit

Gambaran pergerakan untuk pasangan mata wang EUR/USD masih kelihatan suram dalam carta 5 minit. Tampak jelas bahawa harga tidak hanya diniagakan dengan turun naik yang rendah, tetapi juga tanpa arah pergerakan yang jelas. Sebut harga kebiasaannya berada di satu tempat semasa sesi dagangan Eropah, dan secara harfiah terdapat beberapa pergerakan pada sesi dagangan AS, yang bagaimanapun, juga sangat lemah. Walaupun begitu, beberapa isyarat dagangan telah terbentuk pada hari ini. Isyarat kemasukan pesanan membeli pertama - lantunan semula harga dari tahap 1.1730 - membolehkan pedagang baru membuka pesanan membeli. Walau bagaimanapun, pergerakan menaik berakhir di sekitar tahap 1.1756, dari mana harga segera melantun. Pada masa ini, pedagang perlu menutup pesanan membeli (untung = 10 mata) dan membuka pesanan menjual. Isyarat menjual kedua ternyata palsu, tetapi harga bergerak turun 15 mata dengan separuh kerugian, yang membolehkan pedagang baru menetapkan pesanan Stop Loss ke titik pulang modal. Oleh itu, apabila harga kembali diniagakan ke tahap 1.1756, perdagangan ini akan ditutup pada titik pulang modal. Di masa hadapan, pedagang tidak perlu membuka pesanan baru, walaupun tiga isyarat lagi terbentuk berhampiran tahap 1.1756. Pada waktu itu, sudah jelas bahawa turun naik akan menjadi sangat rendah, dan tidak akan ada pergerakan tren.

Tips dagangan pada Rabu:

Pasangan mata wang EUR/USD terus berada di atas garis arah aliran menurun pada carta 30 minit, oleh yang demikian, isyarat kemasukan pesanan membeli harus dipertimbangkan pada esok. Namun, kami sekali lagi ingin menarik perhatian pedagang kepada turun naik pasaran yang lemah, di mana indikator MACD juga berkemungkinan akan menghasilkan isyarat palsu. Oleh itu, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mempertimbangkan kemasukan isyarat membeli indikator MACD pada hari Rabu, ketika ia jatuh ke paras sifar, tetapi sila lakukan dengan berhati-hati. Adalah lebih baik untuk berdagang pada carta masa yang lebih kecil buat masa sekarang. Pada carta 5 minit, anda disarankan untuk berdagang dari tahap 1.1704, 1.1730, 1.1756 - 1.1765, 1.1802. Take Profit, seperti sebelumnya, ditetapkan pada jarak 30-40 mata. Stop Loss - ke titik pulang modal apabila harga bergerak ke arah yang betul sebanyak 15 mata. Pada carta 5 Minit, sasaran dapat menjadi tahap yang paling hampir jika tidak terlalu dekat atau terlalu jauh. Sekiranya sedemikian - maka anda harus bertindak mengikut keadaan. AS dijadualkan akan menerbitkan laporan mengenai pesanan barangan tahan lama, dan tidak ada yang menarik di EU. Laporan AS mempunyai peluang teori untuk dicerminkan pada carta pasangan mata wang EUR/USD. Tetapi untuk kemasukan pesanan menjual.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan adalah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran ketika membuka pesanan membeli atau menjual pasangan mata wang. Anda boleh meletakkan pesanan Take Profit hampir ke tahap ini. Garis merah adalah saluran atau garis arah yang menunjukkan arah aliran semasa dan menunjukkan ke arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Anak panah atas/bawah menunjukkan di mana anda harus membuka pesanan menjual atau membeli setelah mencapai atau menembusi tahap tertentu. Petunjuk MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila ditembusi, ini adalah isyarat untuk anda memasuki pasaran. Sebaiknya gunakan petunjuk ini dalam kombinasi dengan garis aliran (saluran dan garis aliran).

Pengumuman penting dan laporan ekonomi utama yang selalu anda dapati dalam kalendar berita boleh mempengaruhi arah pergerakan pasangan mata wang dengan serius. Oleh itu, sewaktu pengumuman laporan, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang ketara.

Pedagang baru dalam pasaran Forex harus ingat bahawa tidak semua dagangan adalah menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang yang baik adalah kunci kepada kejayaan dagangan dalam jangka masa panjang.